AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Pelaksanaan Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori Dan Moratorium Melibatkan 1,327 Orang Banduan Hukuman Mati

62

PUTRAJAYA, 10 JANUARI 2023 – Presiden Majlis Peguam Malaysia, Karen Cheah semasa Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2023 telah menggesa Kerajaan untuk mengambil langkah yang sewajarnya supaya banduan hukuman mati seramai lebih kurang 1,327 orang dapat dikecualikan daripada hukuman mati selepas hukuman mati mandatori bagi pelbagai kesalahan dimansuhkan.

Dalam konteks ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang & Reformasi Institusi), YB Ramkarpal Singh menjelaskan bahawa Kerajaan sedang melaksanakan inisiatif untuk meneliti dan mengkaji semula cadangan serta
pandangan yang telah dikemukakan sebelum ini berkaitan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori termasuk syor-syor Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tun Richard Malanjum, sesi libat urus dengan agensi Kerajaan yang berkaitan serta pihak CSO/NGO. Beliau turut menegaskan bahawa cadangan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori yang sedang diteliti hendaklah mengambil kira kedudukan semua pihak yang terlibat demi memastikan keadilan dapat ditegakkan serta kedaulatan undangundang (rule of law) sentiasa diberi keutamaan.

Pada masa yang sama, beliau sentiasa mengalu-alukan cadangan dan input baharu daripada CSO/NGO dan pihak-pihak berkepentingan mengenai isu ini agar proses pembaharuan undang-undang adalah telus dan holistik. “Proses ini perlu menitikberatkan aspek perundangan oleh itu, pindaan undang-undang yang berkaitan akan dimuktamadkan dengan segera memandangkan pindaan-pindaan ini dijadualkan untuk dibentang di Dewan Rakyat pada persidangan yang akan datang”, ujar beliau selanjutnya.

Sebelum ini, sebanyak tujuh (7) RUU berkaitan pindaan akta-akta untuk pelaksanaan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori telah dibentangkan oleh mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & UndangUndang) di Dewan Rakyat pada 6 Oktober 2022. Sebarang pindaan perlu dibentangkan semula ke sidang Parlimen yang akan datang disebabkan
pembubaran Parlimen pada 10 Oktober 2022.

YB Ramkarpal juga menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan sentiasa komited terhadap pemansuhan hukuman mati mandatori dan beliau yakin penyelesaian yang terbaik akan dilaksanakan terhadap 1,327 orang banduan hukuman mati demi memastikan kepentingan semua pihak akan diambil kira.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Perindahkan hari raya dengan kesederhanaan

Oleh: Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar Benar, Ramadan baru sahaja berlalu....

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNAUTAMA

Penjual Kerepek Capai 80% Peningkatan Jualan dengan Shopee Live

KUALA LUMPUR, 19 April 2024 – Mengenal pasti potensi berkembang strim langsung,...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Palestin dan hakikat kemenangan Aidilfitri

Dr. Mohd Istajib Mokhtar Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya di...