MELAKA, 10 JANUARI 2023 – Kutipan zakat Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) meningkat lebih 10 peratus apabila merekodkan jumlah kutipan sebanyak RM116.8 juta sepanjang tahun 2022.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, selain kutipan, jumlah pembayar zakat yang direkodkan juga meningkat 4.83 peratus menjadikan keseluruhan pembayar seramai 53, 414 orang.
Beliau turut menjelaskan bahawa daripada tujuh kategori zakat yang dikutip, zakat pendapatan merekodkan kutipan tertinggi iaitu sebanyak RM69.4 juta diikuti zakat wang simpanan dengan jumlah kutipan RM22.4 juta dan zakat perniagaan berjumlah RM16.8 juta.
“Manakala kutipan zakat terendah pula adalah dari zakat pertanian dengan jumlah RM57,347.09. Namun begitu kesemua kutipan zakat diterima menunjukkan peningkatan, begitu juga dengan bilangan pembayar”, ujar beliau ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Bersama Yang di-Pertua Negeri, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam yang di adakan Seri Negeri, Ayer Keroh pada 10 Januari.
Sebanyak 17 syarikat korporat dan Koperasi telah mengeluarkan zakat perniagaan bagi tahun 2022. Antaranya ialah Lembaga Juruukur Tanah Malaysia yang menjadi syarikat tertinggi membuat pembayaran zakat perniagaan iaitu sebanyak RM1 juta, diikuti Bank Simpanan Nasional (BSN) berjumlah RM762, 091.09 dan Fazil Group sebanyak RM500, 199.
Manakala Affin Islamic Bank Berhad menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM300,000; Yayasan Melaka (RM250,000); Tenaga Nasional Berhad (RM246, 874.08); Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (RM226, 953.03); Syarikat Air Melaka Berhad (RM226,025) dan Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd (RM200,000).
Turut sama menyerahkan zakat perniagaan adalah Bank Pembangunan Malaysia Berhad (RM195,212); Melaka ICT Holdings Sdn Bhd (RM150,000); Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (RM61,784.26); QSR Brands (M) Holdings Berhad (RM56,869) serta Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd (RM50,000).
Ia kemudian diikuti Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd (RM49, 323.70); IKTBM Group Sdn Bhd (RM23,580) dan Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad (RM20,000).
Hadir sama Timbalan Pengerusi MAIM Datuk Wira Md Rawi Mahmud dan Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka Datuk Ibrahim Fadzil.
- Spackman Media Group Artist Son Suk-Ku Ranks #1 In The 2023 MALE ACTORS TO WATCH Survey In Korea
- LOHAS EXPO x Natural, Organic, Green Life Expo 2023
- Metamorphosis By De Beers: Prelude
- RGE closes inaugural US$550 million Sustainability-Linked Derivative with MUFG
- The British Ambassador welcomes the launch of Malvern College Tokyo at British Embassy.
Leave a comment