BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAUTAMA

KUMPULAN SYARIKAT SURIA KLCC MENYAMBUT KETIBAAN TAHUN ARNAB DENGAN CIPTAAN REKOD DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS

100

KUALA LUMPUR, 10 JANUARI 2023 – Sempena sambutan perayaan Tahun baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi, destinasi beli-belah utama Malaysia akan memulakan Tahun Arnab dengan gah melalui ciptaan Replika Arnab Terbesar Malaysia yang diperbuat daripada Syiling Emas, seperti yang diperakui oleh Malaysia Book of Records 2023.

Replika terbesar yang tersergam indah di perkarangan KLCC Esplanade juga menampilkan Nugget Emas “Yuan Bao” diiringi oleh 11 Zodiak Cina yang lain. Warna emas yang menyelaputi replika arnab tersebut melambangkan “prosperity” serta “good luck”.

“Arnab dalam Zodiak Cina juga melambangkan kewaspadaan, maruah, kecerdasan cepat dan kesuburan. Untuk menghormati haiwan yang anggun ini dan kebaikan yang diwakilinya, kami memperingati Tahun Arnab dengan cara yang hebat untuk pengunjung menikmati suasana perayaan kali ini,” kata Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

“Kami amat berbangga melihat satu lagi rekod baharu dicipta oleh Suria KLCC pada tahun ini,” tambah Brien.

Berukuran setinggi 7.5 m dan menampilkan pepohon sakura serta bunga “peony” yang disusun indah untuk membangkitkan semangat musim perayaan, replica terbesar itu akan dipaparkan untuk para pengunjung sehingga 5 Februari.

Untuk info lanjut, layari www.suriaklcc.com.my serta www.facebook.com/SuriaKLCCMall.

Lagi Mengenai Gaya Hidup :

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNASukan @ My LNAUTAMA

Larian donat kikis imej buruk pemanis mulut

Rakyat Malaysia merupakan antara yang tergemuk di dunia, menurut perangkaan yang terkini....

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNAUTAMA

Gempa bumi kuat di Taiwan

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.4telah berlaku di Taiwan pada pukul...