MELAKA, 9 JANUARI 2023 – Melaka bakal mempunyai mercu tanda baharu apabila pembinaan Monumen Bendera Gergasi Negeri Melaka di Hutan Simpan Bukit Beruang dibuka kepada orang ramai kelak.
Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, pembinaan produk pelancongan baharu dengan ketinggian 166 meter dari aras laut itu mengambil masa dua tahun dan dijangka siap hujung tahun 2024, ianya melibatkan kos sebanyak RM200,000.
Selain itu, kawasan sekitarnya juga akan dinaiktaraf melalui pembinaan komponen-komponen lain yang boleh menarik pelancong termasuk penambahan ‘zipline’ dan sebagainya.
“Sepertimana motto kerajaan Melaka negeri pelancongan Melakaku Maju Jaya, kita mensasarkan 10 peratus kehadiran pelancong setiap tahun dan ianya bukan hanya pada kehadiran pelancong semata-mata dan kita juga akan turun 10 peratus pada setiap tahun untuk meningkatkan lagi jumlah tempat-tempat atau produk pelancongan negeri Melaka” ujarnya ketika ditemui pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Monumen Bendera Gergasi di Bukit Beruang pada 9 Januari.
“Kerajaan negeri juga akan terus menyokong dan bersama mengerakkan Dasar pelancongan Negara 2020-2030 penambahan produk pelancongan baharu dalam usaha mempelbagaikan tarikan pelancong ke negeri itu”, ujarnya.
Projek monumen itu akan diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mengurus dan memantau sepanjang pelaksanaan Monumen Bendera Gergasi itu. Pembinaan monuman itu tidak akan menjejaskan segala aktiviti udara berikutan ia akan dibina selepas mengambil kira pelbagai faktor dan segi dengan ketinggian yang disarankan.
Di majlis yang sama juga beliau turut menyarankan rakyat negeri Melaka dan pelancong domestik memakai pelitup muka sebagai langkah awal mengekang penularan varian baharu COVID-19.
Beliau berkata arahan mewajibkan pemakaian pelitup muka berkenaan bergantung kepada situasi semasa kes harian COVID-19 dan ia akan diumum sekiranya perlu dikuatkuasakan.
- Jumlah harian penerima dos penggalak kedua semakin meningkat
- A Turning Point In Vietnam’s HealthTech: VinBrain Announces Collaboration with Microsoft To Expand AI-Powered Healthcare to Patients Worldwide
- beIN SPORTS To Exclusively Broadcast Formula One In 10 Territories In Asia
- Amazon Web Services powers Bondee to take the Asia social media scene by storm
- Singapore firms can now tap on Temus-IMDA’s talent conversion programme to fill tech roles
Leave a comment