AMBM @ MY LNAUTAMA

Malaysia mesti bebas dari gejala ketamakan elit penguasa dan para petinggi politik – Anwar

94
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Jamuan Makan Malam di Kedutaan Malaysia di Jakarta 8 Januari 2023. - AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

JAKARTA, 8 JANUARI 2023 – Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah hadir di sesi dialog dan makan malam bersama diaspora Malaysia di Indonesia bertempat di Kedutaan Malaysia di sini semalam.

Ketika sesi tersebut, Anwar menegaskan Malaysia mesti bebas dari gejala ketamakan elit penguasa dan para petinggi politik dalam memunggah dan menggondol kekayaan dan khazanah negara demi tembolok sendiri.

“Saya tidak akan berkompromi dalam soal ini meski ia mungkin akan merisikokan kedudukan saya.

Kita sudah lelah dengan watak-watak yang menjerit perjuangkan Islam tetapi mengkhianati tanggungjawab yang diamanahkan dan menggunakan kuasa untuk merampas hak yang bukan milik mereka.

Adalah menjadi hasrat saya untuk memartabatkan golongan miskin tidak kira bangsa atau agama sambil memperteguh hak serta keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.” kata Anwar dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau.

Tambah beliau, walaupun kebimbangan utama saat ini adalah terkait pembangunan ekonomi dan pengagihan kekayaan kepada semua, tetapi mustahil untuk memberi tumpuan kepada aspek itu selagi rasuah terus menghantui koridor kuasa.

“Saya juga maklumkan bahawa suatu perbincangan khas di kalangan jemaah menteri akan diadakan bagi menentukan dan mendengar input mereka selepas sebulan berkhidmat.

Sejurus itu, kita akan membuat pengumuman mengenai prestasi dan KPI serta mengemukakan sasaran selanjutnya daripada setiap menteri.” ujar Anwar.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Aneka Jaringan Rekod Pendapatan Kukuh RM54.2 Juta pada Suku 2 TK2024, Tanda Satu Lagi Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 24 April 2024 – Aneka Jaringan Holdings Berhad (“Aneka Jaringan” atau “Kumpulan”; Bursa:...