8 JANUARI 2023 – Jabatan Meterologi Malaysia (MET Malaysia) pada pagi hari ini mengeluarkan Amaran Ribut Petir di mana ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Selangor, Sabah dan juga Labuan.
Bagi negeri Kelantan, kawasan-kawasan terlibat adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.
Bagi negeri Terengganu, kawasan-kawasan terlibat adalah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.
Bagi negeri Selangor pula, kawasan-kawasan terlibat adalah Klang, Kuala Langat dan Sepang.
Manakala di Sabah, kawasan-kawasan terlibat adalah Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan juga seluruh Labuan.
Amaran Ribut Petir tersebut adalah sehingga jam 10 pagi hari ini.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment