KUALA LUMPUR, 7 JANUARI 2023 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa terdapat satu chat group aplikasi Whatsapp yang mempromosikan Pelaburan AMUNDI di mana terdapat satu profil Whatsapp palsu yang menyamar sebagai Ketua Polis Negara.
“Dalam chat group tersebut terdapat satu profil Whatsapp yang menyamar sebagai Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Polis Negara.
Individu tersebut yang menggunakan nombor telefon 010-2301160 mendakwa kononnya Ketua Polis Negara turut menyertai skim pelaburan berkenaan.” kata Setiausaha Polis Malaysia, Dato’ Hajah Noorsiah Binti Mohd Saaduddin dalam satu kenyataan media yang diedarkan pada hari ini.
Jelas beliau, PDRM mengesahkan tiada sebarang penglibatan oleh Ketua Polis Negara dalam pelaburan tersebut.
Katanya, laporan polis telah dibuat agar siasatan boleh dimulakan ke atas individu tidak bertanggungjawab yang menyamar dan menggunakan nama Ketua Polis Negara.
“Siasatan ke atas skim pelaburan berkenaan juga sedang dijalankan. PDRM menasihatkan orang awam untuk sentiasa berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan skim penipuan pelaburan sebegini.” ujar Noorsiah.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment