AMBM @ MY LNACOVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNAUTAMA

Vaksin Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection diberi kelulusan bersyarat sebagai Dos Penggalak kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun

43

5 JANUARI 2023 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-380 yang bersidang semalam telah memberi kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin COVID-19 iaitu Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection (nombor pendaftaran MAL22016037AZ; pengilang Pfizer Manufacturing Belgium NV, Belgium dan BioNTech Manufacturing GmbH, Germany) sebagai dos penggalak (booster dose) kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun sekurang-kurangnya selepas enam (6) bulan daripada penerimaan dos primer vaksin Comirnaty.

Menurut Ketua Pengarah KKM, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, kelulusan pendaftaran bersyarat itu masih memerlukan pemantauan dan penilaian berterusan terhadap maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.

“Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi vaksin tersebut kekal positif.

KKM sentiasa komited untuk mempertingkatkan akses rakyat kepada produk vaksin bagi tujuan pencegahan penularan COVID-19 di Malaysia, dengan memastikan ia dinilai dengan sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.” ujarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNASukan @ My LNAUTAMA

Larian donat kikis imej buruk pemanis mulut

Rakyat Malaysia merupakan antara yang tergemuk di dunia, menurut perangkaan yang terkini....

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNAUTAMA

Gempa bumi kuat di Taiwan

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.4telah berlaku di Taiwan pada pukul...