MELAKA, 6 JANUARI 2023 – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah menjadi yang terawal menyertai projek perintis 3R Rangers, sejak diperkenalkan oleh SWM Enviroment Sdn Bhd pada Ogos lalu.
3R Rangers yang membawa maksud ‘reduce’, ‘reuse’, ‘recycle’ yang disertai oleh 35 pelajar sekolah tersebut turut membentuk sahsiah pelajar lain bagi memahami kepentingan aktiviti kitar semula
Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, selaku syarikat konsensi untuk sisa pepejal, pihaknya mempunyai tanggungjawab dalam mendidik masyarakat dan orang awam tentang dasar kerajaan tentang sisa di punca dan budaya 3R.
“Pada waktu ini SMK Munshi Abdullah, menjadi pilot projek kita dan dapat yang kita dapat daripada pasukan 3R Rangers ini amat positif oleh itu kita berhajat untuk memperluaskan pasukan ini kesemua sekolah di Melaka”, ujar beliau sewaktu ditemui media pada 5 Januari lalu menerusi Program Aktiviti Kitar Semula Pasukan 3R di sekolah berkenaan.
“Kita tiada sasaran dan had tetapi kita lihat kepada sekolah yang komited serta aktif untuk bersama-sama dengan kita yang itu akan diberikan keutamaan. Seperti di SMK Munshi Abdullah ini, komitmen yang diberikan bermula dari pengurusan tertinggi sehingga pelajar amat baik,” ujarnya.
Pihak SWM juga akan turun untuk mengadakan ceramah serta program di sekolah-sekolah supaya murid dan pelajar mendapat pendedahan.
“SWM akan turun ke sekolah-sekolah dengan mengadakan ceramah serta program agar mereka mendapat pendedahan sewajarnya sekaligus mereka tertarik untuk bersama-sama dengan kita serta sertai pasukan 3R Rangers ini.
“Melaka ini negeri kecil selain mudah kerana kita mendapat komitmen yang begitu baik dan positif dari pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan ini amat memudahkan untuk kita jalinkan kerjasama dalam menganjurkan program,” tambahnya.
SWM juga mengharapkan dalam tempoh jangka masa yang panjang, kesedaran mengenai budaya kitar semula ini dapat diperluaskan dalam kalangan pelajar sekolah malah memberi manfaat kepada alam sekitar.
- NetApp Announces New Line of Low-Cost, Capacity Flash Storage for the Modern Data Center
- Southco Introduces New Rotary Latch with Anti-Vibration Bumper And Cable Mounting Bracket
- NetApp Advance Offers Organizations Next Level Hybrid Cloud Flexibility and Efficiency
- Everything you need to start producing immersive audio
- Fadillah ke Indonesia, eratkan kerjasama
Leave a comment