PUTRAJAYA, 5 JANUARI 2023 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan beberapa panduan demi kesejahteraan serta fokus Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta agensi di Majlis Amanat Tahun Baharu 2023.
Beliau yang juga Menteri KKDW pada amanat tersebut meluahkan keyakinan kepada semua kakitangan semua bersemangat untuk bersama beliau dan pengurusan dalam mendepani tahun baharu ini.
Beberapa objektif KKDW telah dicapai pada tahun lalu antaranya ialah membangunkan prasarana fizikal dan menyediakan kemudahan asas kepada penduduk luar bandar yang sentiasa menjadi keutamaan kepada kementerian.
Ia adalah pembinaan Jalan Luar Bandar (JALB) sepanjang 84.5 kilometer telah dibina dan memberi manfaat kepada 38,900 penduduk luar bandar; Jalan Perhubungan Desa (JPD), sepanjang 330 kilometer telah dibina dan pembinaan jalan ini telah memberi manfaat kepada 192,000 penduduk luar bandar.
Bekalan Air Luar Bandar (BALB) pula membolehkan sebanyak 5,666 buah rumah memperolehi bekalan air bersih dan telah memberi manfaat kepada 28,380 penduduk luar bandar. Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) membolehkan sebanyak 2,100 buah rumah telah memperolehi bekalan elektrik 24 jam yang telah memberi manfaat kepada 10,725 penduduk luar bandar.
Manakala melalui pelaksanaan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) pula sebanyak 2,173 rumah bina baru telah berjaya disiapkan dan 12,096 rumah dibaik pulih yang memberi manfaat kepada 71,000 isi rumah bagi memastikan mereka dapat menikmati kediaman yang selesa dan selamat.
Meskipun Kementerian Pembangunan Luar bandar (KPLB) telah dijenamakan semula kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) namun begitu, semua naratif, definisi, preskripsi dan deskripsi mengenai pembangunan luar bandar perlu diperhalusi semula.
Antaranya, konsep Kemajuan Desa diperluaskan dan diberikan makna yang lebih sesuai. KKDW akan wujudkan masyarakat desa yang tidak lagi terpinggir (inklusif), komuniti desa yang maju dan mapan, supaya setiap individu dapat mencapai potensi penuh mereka dan diintegrasikan dalam proses kemajuan negara.
Seterusnya memperkasa masyarakat desa supaya berperanan aktif dalam membentuk dan membangunkan masa depan mereka sendiri bagi membolehkan desa Malaysia memiliki akses kepada pendidikan berkualiti, penjagaan kesihatan, peluang ekonomi dan infrastruktur terbaik selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals).
Pada tahun ini KKDW akan melaksanakan Aspirasi Desa Makmur bagi memastikan pengupayaan Desa secara radikal berdasarkan 4 imperatif utama yang terkandung di dalam perkataan DESA iaitu D untuk Data dan Digital, E untuk Ekonomi dan Ehsan S untuk Sosial dan Sahsiah A untuk Akaliah dan Alam Sekitar.
Pemantapan pengurusan data akan dilakukan bagi tujuan pencernaan data terkini yang boleh digunakan bagi tujuan analisa dan membuat keputusan. Seterusnya, meningkatkan kapasiti dan kemahiran digital -sasarkan keterhubungan digital yang terbaik di seluruh kawasan desa terutamanya kawasan yang unserved dan underserved. Pada masa yang sama, platform pemasaran digital produk berasaskan industri desa perlu ditambahbaik untuk meningkatkan pendapatan usahawan luar bandar.
- Spackman Media Group Artist Son Suk-Ku Ranks #1 In The 2023 MALE ACTORS TO WATCH Survey In Korea
- LOHAS EXPO x Natural, Organic, Green Life Expo 2023
- Metamorphosis By De Beers: Prelude
- RGE closes inaugural US$550 million Sustainability-Linked Derivative with MUFG
- The British Ambassador welcomes the launch of Malvern College Tokyo at British Embassy.
Leave a comment