6 JANUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM NOW, jumlah kes baharu harian COVID-19 setakat 5 Januari, 11:59 pm adalah sebanyak 570 kes tempatan dan 1 kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat 5 Januari, 11:59 pm adalah sebanyak 5,028,794.
Jumlah kes kematian harian direkodkan setakat 5 Januari 2023, 11:59 pm adalah sebanyak 7 kes, termasuk 2 kes BID. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat 5 Januari, 11:59 pm masih sebanyak 36,866.
Manakala jumlah kes sembuh harian setakat 5 Januari 2023, 11:59 pm adalah sebanyak 696. Maka jumlah keseluruhan kes sembuh setakat 5 Januari, 11:59 pm adalah sebanyak 4,980,364.
Dalam pada itu setakat 5 Januari 2023, 11:59 pm seramai 16,282,446 penduduk di Malaysia telah mendapatkan keseluruhan dos vaksin dan juga dos penggalak pertama.
Leave a comment