BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Sudut Pidato wajar diwujudkan

62

KUALA LUMPUR, 4 JANUARI 2023 – Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berpendapat bahawa di dalam usaha menghak upayakan instrumen demokrasi, sebuah Sudut Pidato wajar untuk diwujudkan dekat dengan bangunan parlimen.

Katanya dalam satu kenyataan hari ini, kesinambungan rakyat dan wakil rakyat adalah penting dan jurang antara rakyat dan wakil rakyat perlu didekatkan lagi.

“Kita tidak boleh nafikan sebelum ini, negara kita berdepan dengan masalah-masalah seperti sekatan bersuara dan hak untuk berhimpun secara aman. Di dalam era Malaysia baru ini, perkara-perkara seperti ini tidak boleh lagi menjadi masalah dan rakyat sewajarnya diberikan kebebasan untuk bersuara dan berhimpun. Dengan adanya sudut ini juga, orang ramai tidak perlu takut untuk mengadakan protes atau himpunan tanpa permit di tempat umum yang berkemungkinan akan mengganggu orang awam atau takut untuk disalah lakukan oleh pihak berkuasa.

Kebebasan bersuara adalah adalah sebahagian daripada hak asasi manusia yang penting dan sudah dijamin di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan bahawa kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan merupakan kebebasan asasi yang diberikan kepada warganegara.

Jikalau dilihat di persada antarabangsa juga, sudut ini penting bagi menggerakkan rakyat untuk kekal kritis dan bersedia dengan kerajaan mereka. Negara-negara seperti United Kingdom, New Zealand, Kanada dan negara jiran Singapura sudahpun mengiktiraf sudut ini untuk kegunaan orang ramai.” ujar Lip Eng.

Tambahnya, rakyat adalah pemacu sebenar sesebuah demokrasi yang utuh dan teguh.

“Hak rakyat akan lebih terjamin sekiranya kerajaan ikhlas dan telus dalam memberikan peluang untuk orang awam bersuara.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Pemegang Saham sokong dua cadangan SCIB dalam EGM

KUCHING, SARAWAK, 27 Mac 2024 – Pakar sistem bangunan perindustrian, Sarawak Consolidated...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun...