AYER KEROH, 30 DISEMBER 2022 – Lebih 80,000 umat islam di seluruh negeri Melaka telah hadir ke program Malam Cinta Rasul Melaka Serambi Madinah. Program yang telah diadakan di Dataran Sejarah Ayer Keroh pada 30 Disember itu telah bermula seawal jam 5 petang.

Dataran Sejarah mula dibanjiri umat Islam, sambil diiringi tayangan montaj dan disusuli bacaan Ratib al-Attas serta Asma’ul Husna. Selepas itu, orang ramai menunaikan solat Maghrib berjemaah di padang dataran tersebut yang diimamkan Sheikh Abdul Karim Al-Makki. Selepas itu Zikir Munajat bersama jemaah dan penceramah yang hadir.
Program yang diadakan bersempena ambang Tahun Baharu 2023 dan Sambutan Ulang Tahun MPHTJ ke-13. Bacaan selawat dan qasidah yang diketuai Habib Syech Abdul Qodir Assegaf selain ceramah agama oleh pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Anuar Ayub. Majlis tersebut diakhiri dengan Mahallul Qiyam dan doa khatam.
Program itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
- Spackman Media Group Artist Son Suk-Ku Ranks #1 In The 2023 MALE ACTORS TO WATCH Survey In Korea
- LOHAS EXPO x Natural, Organic, Green Life Expo 2023
- Metamorphosis By De Beers: Prelude
- RGE closes inaugural US$550 million Sustainability-Linked Derivative with MUFG
- The British Ambassador welcomes the launch of Malvern College Tokyo at British Embassy.
Leave a comment