AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPengguna @ My LNA

Kadar tol BESRAYA dan LEKAS turun mulai 1 Januari

307
Sumber foto : FB Rasmi LEKAS

KUALA LUMPUR, 31 DISEMBER 2022 – Kerajaan dengan sokongan dan persetujuan syarikat konsesi lebuh raya bertol di bawah kendalian kumpulan IJM Corporation Berhad, iaitu Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) telah bersetuju untuk menurunkan kadar tol berkuatkuasa mulai 1 Januari 2023 jam 12:01 tengah malam.

Menurut Menteri Kerja Raya (KKR) Dato Sri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan hari ini, persetujuan itu adalah selaras dengan keputusan Jemaah Menteri yang dibuat pada 21 Disember 2022.

Katanya, penurunan kadar tol tersebut juga merupakan sebahagian daripada persetujuan penyusunan semula struktur dan kadar tol bagi kedua-dua lebuhraya ini yang diputuskan oleh Kerajaan.

“Penurunan kadar tol adalah sebanyak RM0.15 bagi kenderaan kelas 1 yang melalui plaza tol Loke Yew dan Mines (arah Utara & Selatan), Lebuhraya Besraya; manakala kadar tol bagi kenderaan kelas 1 dikurangkan daripada 0.1811 sen/km kepada 0.1666 sen/km bagi Lebuhraya LEKAS bagi sistem tol tertutup dan kadar tol kekal seperti sedia ada bagi sistem tol terbuka iaitu di Plaza Tol Ampangan.

Kadar tol yang dikutip pada masa ini adalah sebanyak RM2.00 sehala bagi kenderaan kelas 1 yang melalui mana-mana plaza tol Lebuhraya Besraya dan RM8.30 sehala bagi kenderaan kelas 1 yang menggunakan keseluruhan Lebuhraya LEKAS. Melalui penurunan kadar tol mulai 1 Januari 2023, kenderaan Kelas 1 yang melalui mana-mana plaza tol Lebuhraya Besraya akan membayar RM1.85 sehala; manakala bagi pengguna yang menggunakan keseluruhan Lebuhraya LEKAS akan membayar RM7.80 sehala. Jadual penuh kadar tol baharu bagi semua kelas kenderaan kedua-dua lebuhraya ini adalah seperti di Lampiran 1. Penurunan kadar tol bagi kedua-dua lebuhraya ini adalah bagi sepanjang tempoh konsesi jika dibandingkan dengan kadar asal di dalam Perjanjian Konsesi.” kata Alexander.

Tambah beliau, melalui penyusunan semula struktur dan kadar tol bagi kedua-dua lebuhraya ini, Kerajaan dapat menjimatkan peruntukan bayaran pampasan yang dianggarkan sebanyak RM1.978 bilion sepanjang tempoh konsesi bagi kedua-dua lebuhraya, yang mana peruntukan ini boleh disalurkan kepada keperluan asas lain Rakyat Malaysia.

“Cadangan penurunan kadar tol bagi kedua-dua lebuh raya ini juga adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam membantu rakyat yang berdepan dengan masalah kenaikan kos sara hidup ketika ini. Selain daripada itu, Kerajaan juga sedang mengambil langkah-langkah berterusan untuk mengurangkan beban pengguna lebuhraya tanpa mengabaikan sebarang obligasi yang dipersetujui dengan memastikan kepentingan semua pihak terutamanya pengguna lebuhraya sentiasa dilindungi.” ujar Alexander.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Perindahkan hari raya dengan kesederhanaan

Oleh: Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar Benar, Ramadan baru sahaja berlalu....

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNAUTAMA

Penjual Kerepek Capai 80% Peningkatan Jualan dengan Shopee Live

KUALA LUMPUR, 19 April 2024 – Mengenal pasti potensi berkembang strim langsung,...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Palestin dan hakikat kemenangan Aidilfitri

Dr. Mohd Istajib Mokhtar Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya di...