AMBM @ MY LNA

KPKT Wujudkan ‘Taskforce’ Mencari Penyelesaian Terbaik Bagi 381 Projek Perumahan Swasta ‘Sakit’

410
Kredit Foto : Pejabat Menteri KPKT

KUALA LUMPUR, 30 DISEMBER 2022 – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mewujudkan satu ‘taskforce’ untuk mencari penyelesaian 381 projek perumahan swasta yang dikategorikan sebagai ‘sakit’ bagi melindungi hak dan kepentingan pembeli rumah.

YB Tuan Nga Kor Ming (KM), Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan memandang serius terhadap projek-projek perumahan kategori sakit atau terbengkalai. Beliau berkata pembangunan perumahan merupakan salah satu sektor yang penting dalam menjana ekonomi negara di mana hampir 200 industri terlibat.

Justeru, KPKT berharap industri perumahan akan terus berkembang maju pada tahun 2023 dan KPKT akan melancarkan lebih banyak rumah mampu milik yang berkualiti tinggi supaya rakyat dapat memiliki rumah yang selesa dan berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan.

Menurut statistik KPKT, bagi merealisasikan hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah sendiri, KPKT akan membina sejumlah 83,728 rumah di bawah Rancangan Malaysia Ke12, di mana 22,209 rumah telah siap dibina, 47,637 unit dalam pembinaan dan baki 13,882 unit akan disiapkan menjelang akhir tahun 2025.

“Bergerak ke hadapan, khususnya dalam pembinaan dan perancangan bandar, KPKT akan memberi fokus kepada Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals – SDG) yang dikemukakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” kata YB KM lagi.

Di samping itu, YB KM berharap pihak swasta dapat bekerjasama secara aktif dengan kerajaan untuk membina lebih banyak ruang hijau dan menggunakan gaya reka bentuk yang mesra alam dalam pembinaan agar mewujudkan lebih banyak perumahan yang berdaya huni dan berkonsep hijau.

Selain itu, kerajaan perpaduan turut menyokong inisiatif untuk membantu lebih ramai golongan muda memiliki rumah pertama melalui insentif pengecualian duti setem 100 peratus bagi rumah berharga RM500,000 dan ke bawah, manakala bagi rumah berharga RM500,001 hingga ke RM1 juta akan menikmati pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus.

“Memandangkan situasi politik negara kita kembali stabil selepas Pilihan Raya Umum ke15, pelabur-pelabur asing kembali mempunyai keyakinan terhadap kerajaan perpaduan, saya optimistik terhadap pasaran industri perumahan negara pada tahun depan.”

“Saya berharap pengusaha-pengusaha dapat meningkatkan pelaburan domestik dan kerajaan perpaduan akan bekerjasama secara aktif dengan melancarkan dasar ‘properniagaan’ dan ‘pro-rakyat’. Marilah kita bekerjasama untuk memperjuangkan ekonomi negara dan menyelamatkan kehidupan rakyat.”

Bagi memantapkan lagi pembinaan perumahan awam di negara, YB KM telah menjemput Lembaga Pembangunan Perumahan Singapura (HDB) untuk berkongsi kepakaran dan berkongsi pengalaman berhubung isu perumahan.

“Saya percaya ini akan membantu meningkatkan tahap perancangan bandar di Malaysia dan bukan sahaja dapat membantu lebih ramai rakyat memiliki rumah sendiri tetapi juga mewujudkan rumah tangga bahagia dan sejahtera melalui kaedah yang inovatif.”

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Perindahkan hari raya dengan kesederhanaan

Oleh: Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar Benar, Ramadan baru sahaja berlalu....

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNAUTAMA

Penjual Kerepek Capai 80% Peningkatan Jualan dengan Shopee Live

KUALA LUMPUR, 19 April 2024 – Mengenal pasti potensi berkembang strim langsung,...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Palestin dan hakikat kemenangan Aidilfitri

Dr. Mohd Istajib Mokhtar Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya di...