KAJANG, 28 DISEMBER 2022 – Semalam antara jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang seramai 12 orang terdiri ahli Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) Selangor yang diketuai Timbalan Pengerusi, Tuan Abdul Hakim telah membuat kunjungan suai kenal ke IPD Kajang.
Turut hadir bersama adalah kempimpinan RESPA Pusat, Dato Hj. Farid dan Datuk Setia Hj. Mohd Isa.
“Dalam ucapan aluan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah, Supt Nasir mengalu-ngalukan kunjungan ini dan secara langsungnya berupaya mengeratkan hubungan kedua- dua belah pihak untuk kebaikan bersama.
Menurutnya, pada masa ini seramai 1, 173 Pesara Polis yang menetap di Daerah ini yang mana seramai 236 orang terdiri bekas Pegawai Kanan Polis.” kata RESPA Selangor dalam satu kenyataan media semalam.
Manakala, ucapan balas Timbalan Pengerusi, memaklumkan kunjungan tersebut adalah sebahagian program berjadual Persatuan ke seluruh IPD di Selangor sebelum mengadakan Mesuarat Agung pertama Persatuan yang dijadualkan pada bulan Febuari tahun hadapan.
Dengan kunjungan awal tersebut, akan mampu memupuk kerjasama lebih akrab bagi kebaikan hal ehwal kebajikan pesara yang berada di bawah pentadbiran IPD Kajang yang mana pihak IPD mampu bertindak sebagai penghubungnya berasaskan rekod yang ada.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment