AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNA

TINDAKAN DAN PELAN KERAJAAN MENANGANI KOS SARA HIDUP

432

28 DISEMBER 2022 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Menteri Ekonomi telah mengeluarkan kenyataan bersama tentang beberapa inisiatif proaktif dalam menangani cabaran ekonomi semasa yang mampu menjejaskan kehidupan rakyat.

Beberapa langkah ini termasuk tindakan jangka pendek dan sederhana lanjutan Mesyuarat Khas NACCOL pada 27 November 2022 dan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Disember 2022 lepas.

Antara 10 keputusan penting yang diputuskan Kerajaan adalah seperti berikut:

⁃   Tarif elektrik dikekalkan  untuk    pengguna domestik, komersial, dan industri bagi mengelakkan kesannya terhadap harga barangan pengguna.

⁃   BERNAS akan menyalurkan peruntukan RM60 juta kepada petani beras RM10 juta bagi 2022 dan RM50 juta bagi 2023. Ini adalah bagi kos sara hidup pesawah.

⁃   Kawalan harga dan subsidi ayam standard dan telur Gred A, B, dan C diteruskan sehingga suatu tempoh yang ditetapkan

⁃   Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) komited untuk mengatasi isu bekalan telur dengan tindakan jangka pendek  sehingga bekalan daripada pengeluar tempatan kembali pulih. 

⁃   Kementerian Perladangan dan Komoditi (MPIC) sedang memperincikan pelaksanaan Harga 2 Peringkat bagi minyak sawit mentah supaya harga minyak masak tulen kemasan botol di pasaran domestik dijual pada harga yang lebih rendah.

⁃   KPDN  melancarkan OPS TERJAH selama satu (1) bulan untuk mengetatkan operasi pemantauan harga dan keberadaan barangan keperluan asas dalam  pasaran.

⁃   Langkah Kerajaan mengimport bekalan barangan keperluan asas yang diperlukan untuk memenuhi permintaan pengguna tempatan. Pada masa sama,  kerajaan bekerjasama dengan pemain industri tempatan untuk memperkasakan  bekalan barangan keperluan asas tempatan.

⁃   Kementerian Ekonomi akan memberi tumpuan jangka pendek kepada kebertanggungjawaban harga berpatutan dengan membangunkan data-data harga dari seluruh negara untuk menyuntik keanjalan harga dan sebagai satu usaha mengawal inflasi di masa akan datang.

⁃   Cadangan untuk mewujudkan Sistem Perlindungan Sosial Baharu melalui pendekatan subsidi bersasar yang sedang diteliti oleh beberapa Kementerian dan diketuai oleh Kementerian Ekonomi.

⁃   Jawatankuasa Pemantauan Pelaksaan NACCOL akan memastikan  semua keputusan Kerajaan berkaitan dengan agenda kos sara hidup dipantau secara strategik  agar semua keputusan dapat dilaksanakan serta tidak bertindih dengan mana-mana jawatankuasa sedia ada.

Sehubungan ini, Kerajaan komited dalam membantu rakyat, tanpa menjejaskan ekosistem perniagaan serta industri masing-masing yang masih dalam tempoh pemulihan pasca pandemik COVID-19.

Selain itu, pengawalan inflasi dan kos sara hidup memerlukan kerjasama semua pihak termasuklah kerajaan, pengeluar, peniaga dan juga pengguna. Tindakan proaktif ini juga didokong dengan adanya usaha KPDN dan Kementerian Ekonomi mewujudkan sekretariat bersama sebagai satu platform untuk membincangkan peranan agensi dalam menangani kos sara hidup rakyat yang semakin mencabar .

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...