GUA MUSANG, 25 Disember 2022 – Berhubung isu kesukaran mendapatkan keperluan harian yang dihadapi oleh penduduk Orang Asli Pos Balar, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah mengadakan perbincangan bersama Unit Udara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi urusan penghantaran bantuan Bakul Makanan menggunakan helikopter.
Menurut JAKOA dalam satu kenyataan hari ini, penghantaran Bakul Makanan akan dibuat bermula pada 25 Disember 2022 (Ahad) sehingga 30 Disember 2022 (Khamis).
“Di antara lokasi yang terlibat ialah Pos Gob (187 KIR), Pos Simpor (210 KIR), RPS Balar (223 KIR), Belatim (185 KIR) dan seterusnya Pos Bihai (304 KIR). Walau bagaimanapun, kelancaran gerak kerja penghantaran ke lokasi-lokasi yang telah ditetapkan adalah tertakluk juga kepada keadaan cuaca kerana ianya menjadi faktor utama bagi penerbangan helikopter.
Keperluan penghantaran bakul makanan ini memang dalam perancangan pihak JAKOA, namun ianya tidak dapat dilaksanakan lebih awal disebabkan oleh penugasan helikopter pihak Bomba yang lebih memerlukan di kawasan yang terjejas dengan banjir di negeri Kelantan dan Terengganu yang berlaku pada beberapa hari yang lepas.
Penghantaran melalui kenderaan darat pula tidak dapat dilaksanakan disebabkan oleh keadaan jalan yang teruk dan terdapat runtuhan tanah yang berlaku di antara Pos Balar dan Pos Belatim iaitu berhampiran Kg. Dakoh.” kata JAKOA.
Bagi urusan itu, JAKOA telah berbincang dan bekerjasama dengan pihak JKR KESEDAR untuk kerja-kerja pembersihan runtuhan serta pembaikan cerun.
“Namun kerja-kerja di lapangan mungkin tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat memandangkan keadaan jalan yang teruk serta cuaca yang masih buruk yang menyukarkan jentera berat untuk masuk dan sampai ke lokasi kejadian.” ujar JAKOA.
- Join the PQ.Hosting Affiliate and Reseller Programs for Increased Revenue and Client Growth
- KFSHRC Introduces Pioneering Virtual Pathology Services in Madinah
- In celebration of the 75th anniversary of the founding of the People’s Republic of China, Sun Hung Kai Properties’ New Town Plaza 40th anniversary celebration ceremony
- Hong Kong Accident Lawyers Launches Comprehensive “Hong Kong Traffic Black Spots Database” to Enhance Road Safety for Drivers and the Public
- Chancay to Shanghai — Alpacas on the Move
Leave a comment