AMBM @ MY LNAHak Asasi @ My LNAUTAMA

Mahkamah Anak Negeri di Sabah perlu sedia tangani kes-kes permohonan perkahwinan di bawah umur 18 tahun

285

21 DISEMBER 2022 – Mahkamah Anak Negeri di Sabah perlu bersedia untuk menangani kes-kes permohonan perkahwinan di bawah umur 18 tahun sebaik sahaja pindaan undang-undang diluluskan oleh Kabinet.

Jannie Lasimbang, ADUN Kapayan menyatakan demikian semasa perasmian “Dialog isu-isu berkenaan langkah meminda had umur perkahwinan di bawah Enakmen Mahkamah Anak Negeri, khususnya Kaedah Undang-undang Adat Anak Negeri” organised by PACOS Trust. Jannie mewakili Datuk Ewon Benedick, Ahli Parlimen Penampang pagi ini.

Setakat ini, perkahwinan mengikut adat di Sabah tidak mempunyai had umur minima, dan masih dapat dilaksanakan dengan kebenaran ketua-ketua adat di Mahkamah Anak Negeri.

Langkah meminda had umur perkahwinan adalah selaras dengan peranan dan tanggungjawab Malaysia sebagai negara pihak kepada Konvensyen Hak Kanak-kanak dan Konvensyen untuk Menghapuskan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadapa Wanita yang memperuntukkan hak kanak-kanak dilindungi dari segala bentuk keganasan dan penganiayaan serta hak wanita berhubung perkahwinan.

Kata Jannie, dia telah memulakan proses pindaan undang-undang ini semasa dia berada di Kementerian Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri (KUHEANS), yang antara lainnya menjadi langkah-langkah menghentikan Perkahwinan Bawah Umur 18 tahun (PBU18) di Sabah seperti terkandung dalam Pelan Tindakan 10 Tahun.

Pelan Tindakan tersebut adalah hasil kajian dan forum antara pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan serta ketua-ketua masyarakat.

Usaha masakini untuk teruskan pelaksanaan Pelan Tindakan melibatkan Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejateraan Rakyat yang akan fokuskan kepada pendidikan sosial, manakala Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan lebih kepada pindaan undang-undang dan perlatihan kakitangan Mahkamah Anak Negeri.

“Saya difahamkan Jabatan Peguam Negeri Sabah bersama sebuah komiti khas telah meniapkan Kertas Kabinet berkaitan Pindaan kepada Kaedah Enakmen Mahkamah Anak Negeri dan akan di bentangkan dalam Kabinet oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan pada masa yang terdekat.

“Saya amat berharap Pindaan tersebut diluluskan dengan segera supaya Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri, Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri dan Jabatan Peguam Negeri dapat memberi latihan kepada ketua-ketua adat yang jelas semasa Dialog menyatakan keperluan garispanduan dan Arahan Amalan dalam menangani permohonan PBU18.

Jannie menambah bahawa PBU18 membawa pelbagai implikasi negatif dari aspek sosial dan kesihatan seorang kanak-kanak dan perempuan. Isu-isu utama yang dibangkitkan oleh peserta dari kalangan Ketua Daerah dan Ketua Anak Negeri dalam Dialog tersebut termasuk kes penceraian yang semakin meningkat, lingkaran kemiskinan serta penderitaan dan tekanan mental terutamanya di kalangan kanak-kanak yang telah hamil.

“Oleh itu, bersamaan dengan pindaan dan perlaksanaan undang-undang berkenaan PBU18, adalah penting juga untuk mengadakan pendidikan sosial melalui kempen di media sosial dan dalam masyarakat luar bandar. Pelbagai opsyen selain memaksa anak yang hamil untuk kahwin pada usia muda harus diberikan seperti mendaftarkan mereka sebagai ibu tunggal atau menyerahkan anaknya untuk diambil sebagai anak angkat.

“Saya hargai segala usaha PACOS Trust dalam mengendalikan program pendidikan sosial bersama sekolah menengah dan pekerja muda, dan seperti yang diluahkan oleh peserta Dialog, untuk terus tingkatkan usaha bersama Jabatan-jabatan kerajaan untuk mencari dana untuk program selajutnya”.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAKomunikasi Digital @ My LNAUTAMA

MCMC gesa hentikan hantaran provokasi

CYBERJAYA, 29 Mac 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak...

AMBM @ MY LNACuaca @ My LNAUTAMA

NADMA laksanakan Operasi Pembenihan Awan di Sabah

SABAH, 28 Mac 2024 – Semalam Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Ramadan dan limpahan barakahnya

Oleh: Prof. Madya Dr. Khadher Ahmad Kedatangan bulan Ramadan sangat ditunggu-tunggu oleh...

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAGaya Hidup @ My LNAPendapat @ My LNASukan @ My LNAUTAMA

Menilai kewajaran Malaysia tolak tawaran anjur Sukan Komanwel 2026

Oleh: Dr Mohd Zaidi Md Zabri Rentetan penarikan diri Victoria, Australia sebagai...