AMBM @ MY LNAUTAMA

PBT DIGESA LIPAT GANDA SELENGGARA PARIT DAN PEMBERSIHAN UNTUK MENEBAT BANJIR KILAT KETIKA MONSUN TIMUR LAUT

266

PUTRAJAYA, 19 Disember 2022 – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menggesa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara hari ini untuk melipat gandakan usaha menyelenggara sistem perparitan bagi menebat banjir kilat ketika Monsun Timur Laut (MTL) melanda.

Menteri KPKT YB Tuan Nga Kor Ming (KM) berkata, “Demi kesejahteraan rakyat, tindakan proaktif ini dapat mengurangkan risiko banjir dengan lebih berkesan.”

“Semua PBT digesa untuk memastikan anggota, fasiliti, peralatan dan jentera mereka sentiasa siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir.”

“Saya juga menggesa PBT memantau dan memastikan pemaju projek pembangunan supaya sentiasa menyelenggara parit, longkang, sistem pembetungan dan kolam takungan serta menjaga kebersihan kawasan pembangunan di bawah kawalan masingmasing, ” kata YB KM lagi.

Mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), luruan kedua Monsun Timur Laut yang dijangka berlaku hingga 21 Disember 2022 ini akan memberi impak di kawasan berisiko tinggi termasuk banjir kilat di bandar-bandar.

Sehubungan itu, pihak PBT telah diminta supaya mempergiat pelaksanaan tindakan proaktif untuk mengurangkan risiko banjir kilat semasa MTL.

Selain mengenal pasti kawasan parit, longkang, pembetung dan kolam takungan yang berisiko menyebabkan kejadian banjir, PBT turut diminta melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan penyelengaraan parit, longkang dan kolam takungan bagi melancarkan aliran air dengan tindakan seperti membuang kotoran atau longgokan sampah dalam parit serta memotong rumput di sepanjang sistem perparitan yang menyekat laluan air.

PBT juga disyorkan untuk memperbaiki sistem perparitan, longkang dan pembetung yang rosak atau menaiktaraf parit yang berisipadu rendah.

MET Malaysia sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa MTL atau musim tengkujuh di Malaysia bermula lebih awal daripada yang dijangka iaitu pada 7 November 2022 dan berterusan sehingga Mac 2023.

Dałam kenyataan terkini pada 18 Disember 2022, MET Malaysia juga telah mengeluarkan amaran hujan berterusan sehingga 21 Disember 2022 melibatkan Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang.

Lagi Berita AM :

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...