CYBERJAYA 19 Disember 2022 – Orang ramai untuk henti menularkan video tiga (3) beradik yang maut dipercayai terkena renjatan elektrik di Tumpat, Kelantan pada pagi ini bagi menghormati mangsa dan privasi keluarga mangsa serta memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut terhadap insiden ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut berkata bahawa langkah
proaktif telah diambil bagi mengangkat perkara ini untuk perhatian dan tindakan selanjutnya daripada penyedia platform seperti Meta, Twitter dan TikTok dalam usaha mengekang penularan video yang berkaitan.
“Orang awam digalakkan untuk sentiasa mengawal selia kendiri dan peka tentang kandungan yang mereka terima atau di kongsi secara dalam talian, sama ada melalui aplikasi Whatsapp ataupun rakaman video di media sosial.
Bagi menghentikan penularan video seperti tersebut, pengguna media sosial juga digalakkan untuk membuat laporan secara terus terhadap kandungan yang sensitif dan tidak sesuai untuk tatapan umum kepada penyedia platform.” kata MCMC.
Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...
Byhebahan amAugust 10, 2024PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...
Byhebahan amAugust 10, 2024Pemenang Sulung Diraikan di Majlis di New York pada 16 September FAIRFAX,...
ByE NEWSAugust 8, 2024Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...
ByE NEWSAugust 6, 2024
Leave a comment