AMBM @ MY LNA

Young Syefura gesa Kerajaan Negeri Pahang semak semula projek di kawasan berisiko tanah runtuh

99
Foto Kredit FB Young Syefura

17 DISEMBER 2022 – Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa kerajaan negeri Pahang agar menyemak semula setiap projek-projek yang dijalankan di kawasan cerun-cerun berbukit dan yang mempunyai risiko tanah runtuh di sekitar negeri Pahang dengan kadar yang segera.

Katanya dalam satu kenyataan hari ini, ia adalah bagi mengelakkan tragedi tanah runtuh berlaku yang akan menyebabkan kemalangan jiwa.

“Langkah-langkah keselamatan perlu dititik berat dan menjadi keutamaan lebih-lebih lagi ketika kini negara kita sedang mengalami musim tengkujuh. Oleh itu, setiap agensi atau jabatan berkaitan mesti mengadakan pemeriksaan di setiap tapak projek di kawasan cerun berbukit.

Saya menyeru kepada pengusaha tempat-tempat percutian yang terletak di kawasan berisiko tanah runtuh agar peka dengan keadaan di sekeliling kawasan percutian milik mereka. Saya mohon agar pengusaha bertanggungjawab dalam memastikan tiada rekahan atau tanda-tanda awal pergerakan tanah di kawasan sekeliling tempat percutian milik mereka dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat kesan-kesan rekahan di kawasan mereka. Begitu juga dengan kawasan-kawasan berisiko yang lain seperti kawasan di tepi pantai dan tepi sungai. Pengusaha tempat-tempat percutian perlu peka dan tidak mementingkan keuntungan semata-mata sehingga sanggup mengambil risiko.” katanya.

Young Syefura juga berharap agar Jalan Batang Kali – Genting Highlands ini dapat dibaik pulih dan dibuka kepada kegunaan orang ramai dengan kadar yang segera.

“Ini adalah kerana jalan ini menjadi jalan utama kepada mereka yang bekerja di kawasan Genting yang tinggal di kawasan Batang Kali dan sekitarnya. Jika jalan ini ditutup dalam jangka masa yang lama, ia akan menyukarkan mereka untuk berulang-alik dari tempat tinggal ke tempat kerja.

Laluan alternatif yang dicadangkan agak jauh dan mengambil masa yang panjang serta menelan kos yang tinggi kerana mereka terpaksa membayar tol dan mengeluarkan perbelanjaan minyak yang lebih besar. Justeru saya memohon kepada pihak Jabatan Kerja Raya agar segera membaik pulih jalan ini demi kesenangan rakyat.

Esok genap setahun tragedi banjir besar melanda negeri Pahang yang telah mengorbankan nyawa serta menyebabkan rakyat hilang harta benda. Saya berdoa agar negeri Pahang dan setiap pelusuk negara sentiasa berada di dalam lindungan-Nya dan tiada tragedi atau bencana melanda yang boleh menyebabkan kemalangan jiwa.” ujarnya.

Lagi Berita AM :

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Perindahkan hari raya dengan kesederhanaan

Oleh: Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar Benar, Ramadan baru sahaja berlalu....

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNAUTAMA

Penjual Kerepek Capai 80% Peningkatan Jualan dengan Shopee Live

KUALA LUMPUR, 19 April 2024 – Mengenal pasti potensi berkembang strim langsung,...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Palestin dan hakikat kemenangan Aidilfitri

Dr. Mohd Istajib Mokhtar Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya di...