AMBM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAUTAMA

RIDE BERSEKUTU VOL 5 2022

149
Kredit Foto PDRM

PUNCAK ALAM, 17 DISEMBER 2022 – Gabungan Kelab-Kelab Permotoran Malaysia telah menganjurkan program Ride Bersekutu Vol 5 2022 (RBV5 2022) pada 17 hingga 18 Disember 2022 bermula dari Puncak Alam Driving Range ke Seberang Prai, Pulau Pinang.

RBV5 2022 ini merupakan rentetan daripada program pertama yang telah dianjurkan iaitu Ride Bersekutu Dua Tahun pada 2016-2017. Tujuan utama penganjuran RBV5 2022 ini dianjurkan adalah bagi mempromosikan kempen keselamatan jalan raya di samping meningkatkan kesedaran mengenai semangat kesukarelawan dan mengeratkan silaturahim antara kelab-kelab permotoran di Malaysia.

Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB), Tan Sri Rozali Ismail merupakan Penaung dan Penasihat Gabungan Kelab-Kelab Permotoran Malaysia merangkap Penaung RBV5 2022. Penaja utama bagi program ini adalah Puncak Niaga Holdings Berhad.

Program ini terhasil dengan mendapat kerjasama padu daripada Kelab Storm Rider, Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang melibatkan penyertaan beberapa buah kelab permotoran. Pra pelancaran program ini telah dilaksanakan di sini, pada 31 Ogos 2022 sempena Program Konvoi Merdeka.

RBV5 2022 ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Sri Mat Kasim Karim pada hari ini. Beliau turut menyempurnakan pelepasan konvoi sebanyak 500 buah motosikal berkuasa tinggi dari Puncak Alam Driving Range, Selangor pada jam 7.30 pagi ke Seberang Prai, Pulau Pinang.

Selain itu, sebelum pelepasan konvoi tersebut, Gabungan Kelab-Kelab Permotoran Malaysia telah menjalankan satu taklimat ringkas mengenai kempen keselamatan jalan raya bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memberi menerangkan undang-undang yang perlu dipatuhi semasa menunggang motorsikal di atas jalan raya.

Konvoi ini diteruskan dengan majlis ramah mesra dan kenduri rakyat bersama kariah Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas yang melibatkan seramai 2,000 orang. Para peserta juga akan mengunjungi dan menyantuni asnaf di Masjid Abdullah Fahim, warga emas di Pusat Jagaan Warga Emas Darul Hanan, Pulau Pinang dan para pelajar tahfiz di Madrasah Tahfiz Al-Falah, Paya Keladi, Kepala Batas.

Seterusnya, konvoi ini terus bergerak ke destinasi terakhir iaitu Dewan Perda, Seberang Prai, Pulau Pinang di mana acara kemuncaknya adalah Majlis Makan Malam dan penyampaian hadiah serta cenderahati kepada para peserta konvoi sebelum berangkat pulang ke lokasi masing-masing pada hari esoknya.

Lagi Berita Gaya Hidup :

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Aneka Jaringan Rekod Pendapatan Kukuh RM54.2 Juta pada Suku 2 TK2024, Tanda Satu Lagi Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 24 April 2024 – Aneka Jaringan Holdings Berhad (“Aneka Jaringan” atau “Kumpulan”; Bursa:...