AMBM @ MY LNAUTAMA

Anwar umum bantuan segera kepada mangsa tanah runtuh

175
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika melawat dan menerima taklimat di tapak tanah runtuh di Jalan Batang Kali - Gohtong Jaya, Selangor 16 Disember 2022. - AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

BATANG KALI, 16 Disember 2022 – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah hadir di lokasi insiden tanah runtuh di Gohtong jaya bagi mendengar taklimat dari agensi dan pasukan penyelamat yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa di situ semalam.

Dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau, Anwar manzahirkan rasa sedih dan dukacita kepada keluarga mangsa yang terlibat.

Katanya setakat ini kerja-kerja mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Anwar turut mengumumkan beberapa bentuk bantuan segera bagi membantu mangsa iaitu :

1. RM10 ribu untuk setiap mangsa yang meninggal dunia.

2. RM1 ribu Bantuan Wang Ihsan (BWI) untuk mangsa yang tidak melibatkan kematian.

“Pihak NADMA dan JPM dengan kerjasama kerajaan negeri Selangor akan memudahcara dalam menyalurkan bantuan terus kepada keluarga mangsa.

Penghargaan yang tidak terhingga buat pasukan mencari dan menyelamat yang bekerja dalam suasana yang getir dan sukar berdepan dengan risiko yang juga besar.

Memohon doa dari semua agar operasi mencari dan menyelamat dipermudah dan nasib keluarga yang terlibat dapat dibela sebaiknya.” ujarnya.

Lagi Berita AM :

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...