MELAKA, 16 Disember 2022 – Persatuan Pelancongan Negeri Melaka (MTA) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Menara Taming Sari, Bayou Lagoon Park dan Mahkota Medical Centre.
Presiden MTA, Madelina Kuah berkata MoU itu bertujuan untuk memperkukuh dan mengeratkan lagi kerjasama antara penggiat pelancongan, sekali gus memberi kesan positif terhadap ekonomi Negeri Melaka.
“Diskaun sebanyak 20 peratus dan baucer turut ditawarkan kepada 65 ahli yang mendapatkan perkhidmatan di lokasi berkenaan.” Ujar Madeline di Hard Rock Café Melaka pada 15 Disember lalu.
Mohd Farid Eshak selaku Timbalan Presiden MTA dan wakil-wakil penggiat industri pelancongan Melaka turut hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan 2022 MTA tersebut.
- Jumlah harian penerima dos penggalak kedua semakin meningkat
- A Turning Point In Vietnam’s HealthTech: VinBrain Announces Collaboration with Microsoft To Expand AI-Powered Healthcare to Patients Worldwide
- beIN SPORTS To Exclusively Broadcast Formula One In 10 Territories In Asia
- Amazon Web Services powers Bondee to take the Asia social media scene by storm
- Singapore firms can now tap on Temus-IMDA’s talent conversion programme to fill tech roles
Leave a comment