PUTRAJAYA 15 Disember 2022 – Majlis Konvokesyen Institut Perladangan Dan Komoditi Malaysia (IMPAC) Ke-8 yang berlangsung di Hotel Everly, Putrajaya hari ini telah selamat disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof.
Menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dalam satu kenyataan hari ini, majlis tersebut dianjurkan bersama oleh IMPAC dan enam (6) agensi KPK iaitu Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Lembaga Getah Malaysia (LGM), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Lembaga Koko Malaysia (LKM), Lembaga Lada Malaysia (MPB) dan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN).
Kata KPK, sesi kali ini melibatkan 584 graduan meliputi 360 graduan daripada program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), manakala selebihnya adalah dari program latihan kemahiran kelolaan IMPAC dan agensi pelaksana.
“Sehingga September 2022, IMPAC telah melahirkan seramai 80,290 pelatih melalui pusat-pusat latihan di bawah enam agensi Kementerian atau pada purata 7,300 pelatih setiap tahun. IMPAC menjangkakan seramai 95,000 peserta akan dapat dilatih menjelang tahun 2025.
IMPAC melalui Pusat Pembangunan Kemahiran Industri Kayu (WISDEC) juga telah dikenalpasti oleh SkillsMalaysia sebagai COE (Centre of Excellence) bagi bidang Cabinetmaking oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM), Joinery dan Carpentry oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk melatih peserta negara yang membawa cabaran ke setiap pertandingan ASEAN Skills Competition (ASC) dan juga WorldSkills Competition (WSC) bagi merealisasikan pingat untuk negara dalam pertandingan yang disertai.
Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk pembatalan Pertandingan Worldskills Competition Shanghai 2022 akibat pandemik COVID-19, seorang peserta negara dalam bidang ‘cabinet making’, Muhamad Ali Azamuddin bin Allias masih mampu memberi cabaran sengit kepada para peserta dari negara-negara lain di Pertandingan Worldskills Competition-Special Edition Switzerland yang telah dilangsungkan Oktober tahun ini.” kata KPK.
Pada tahun 2022, IMPAC juga telah membangunkan 6 Kajian Pembangunan Bahan Pengajaran Bertulis bagi sektor sawit, getah, perkayuan, koko dan kenaf.
“Pembangunan bahan pengajaran ini akan menjadi bahan utama dalam pross pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan hasil pembelajaran (learning outcome) yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) tercapai dan mengikut standard yang ditetapkan.” kata KPK.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment