PUTRAJAYA, 14 Disember 2022 – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan tidak akan menaikkan tarif elektrik terhadap rakyat, biarpun jumlah keseluruhan kos subsidi bahan api itu bakal mencecah RM30 bilion.
Walaubagaimanapun tariff elektrik tersebut akan dinaikkan sedikit untuk kategori syarikat multinasional yang mengesport produk ke luar negara, malah mereka juga dikecualikan daripada menerima subsidi tersebut. Butiran mengenai kenaikan tariff tersebut akan di umumkan oleh Menteri Sumber dan Tenaga Asli, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam masa terdekat.
“Berdasarkan laporan NACCOL (Majlis Tindakan Sara Hidup Negara) semalam, kita memutuskan supaya cadangan awal untuk naikkan tarif elektrik itu tidak diteruskan, kerana kita akui ia akan membebankan rakyat, walaupun kita akui jika tidak ada apa apa dilakukan, ia akan memberi kesan kepada kewangan negara agak tinggi, iaitu RM30 bilion”, ujar beliau dalam sidang media yang di siarkan secara langsung menerusi pelbagai platform media hari ini.
“Maka saudara Nik Nazmi, selaku menteri berkenaan akan buat pengumuman, jika dikenakan pun akan kepada syarikat multinasional yang eksport kerana tarif terlalu rendah buat mereka, dan subsidi itu tidak harus diberikan kepada syarikat gergasi yang untungnya tinggi,” katanya.
Perdana Menteri berkata, kenaikan tarif itu tidak akan memberi kesan kepada rakyat secara amnya, termasuk syarikat industri kecil sederhana, syarikat pertanian, dan pengeluar makanan
“Tetapi keputusan jelas, kita tidak akan membebankan rakyat. Jadi, keputusan kita ialah tidak menaikkan tarif elektrik, kecuali untuk mereka yang benar-benar kaya.
“Masalah dengan pemberian subsidi ini ialah ia dilihat tidak dilakukan dengan telus, sebaliknya dilihat hanya memberi keuntungan kepada golongan kaya. Maka saya berpandangan kita akan meningkatkan tarif secara berfasa untuk syarikat multinasional,” tambahnya.
“Jadi, saya mencadangkan agar FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) untuk memberi laporan penuh, serta langkah yang dirasakan perlu untuk menangani masalah ini.
“Anda pun sedia maklum tahun lepas tentang masalah yang melanda golongan pekebun di Cameron Highlands, yang terpaksa melupuskan produk pertanian mereka kerana tiada pembeli, dan masalah pengangkutan. Jadi saya minta mereka (FAMA) lebih proaktif,”
Beberapa inisiatif tambahan kini sedang diperhalusi kementerian dan agensi berkaitan. Mesyuarat NACCOL semalam turut menyentuh mengenai kekurangan bekalan barangan tertentu di pasaran, termasuk dari aspek struktur dan unjuran bekalan tersebut.
- Jumlah harian penerima dos penggalak kedua semakin meningkat
- A Turning Point In Vietnam’s HealthTech: VinBrain Announces Collaboration with Microsoft To Expand AI-Powered Healthcare to Patients Worldwide
- beIN SPORTS To Exclusively Broadcast Formula One In 10 Territories In Asia
- Amazon Web Services powers Bondee to take the Asia social media scene by storm
- Singapore firms can now tap on Temus-IMDA’s talent conversion programme to fill tech roles
Leave a comment