KUALA LUMPUR, 14 DISEMBER 2022 – Semua pihak perlu menunggu keputusan Jemaah Menteri berhubung hala tuju pelaksanaan rangkaian 5G oleh Digital Nasional Bhd (DNB), demikian menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Fahmi yang di temu bual menerusi program Bicara Naratif terbitan Berita RTM malam tadi telah membicarakan isu “Membina Naratif Baharu” turut menjelaskan bahawa, kementeriannya dan Kementerian Kewangan telah membincangkan pelaksanaan projek itu dalam mesyuarat semalam dalam usaha mencari penyelesaian segera.
“Kita masih perlu selesaikan segera supaya rakyat, sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh menggunakan infrastruktur ini yang akan membantu melonjakkan aktiviti perniagaan industri atau kehidupan seharian,” ujarnya.
Meskipun beliau mengakui tidak dapat menyelesaikan dalam sekelip mata, namun yakin isu tersebut perlu diselesaikan segera sebelum melangkah ke era rangkaian 6G.
DNB, sebuah syarikat tujuan khas (SPV) milik kerajaan telah dipertanggungjawab untuk membangunkan teknologi 5G, komited mempercepat jadual melancarkan liputan 5G kepada 80 peratus kawasan berpenduduk menjelang 2024.
Menerusi progam berkenaan belaiu turut diajukan soalan berkenaan slogan dan penjenamaan semula nama-nama kementerian. Beliau menjelaskan bahawa Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sudah meminta barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan untuk mengutamakan penyelesaian terhadap masalah rakyat berbanding fokus terhadap jenama atau slogan baharu bagi setiap kementerian.
“Orang ramai tidak mahu dengar retorik dan slogan. Malah itu teguran perdana menteri, beliau kata janganlah kita ada jenama baharu. Kita fokus untuk selesaikan masalah rakyat,” tambahnya.
Perkara itu adalah berdasarkan kesedaran bahawa rakyat tidak lagi dahagakan barisan kepimpinan yang berfokuskan retorik semata-mata, malah mahukan kerajaan yang mampu membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.
Dalam program berdurasi satu jam itu, Fahmi turut memaklumkan akronim yang akan digunakan bagi Kementerian Komunikasi dan Digital kini adalah KKD.
- Spackman Media Group Artist Son Suk-Ku Ranks #1 In The 2023 MALE ACTORS TO WATCH Survey In Korea
- LOHAS EXPO x Natural, Organic, Green Life Expo 2023
- Metamorphosis By De Beers: Prelude
- RGE closes inaugural US$550 million Sustainability-Linked Derivative with MUFG
- The British Ambassador welcomes the launch of Malvern College Tokyo at British Embassy.
Leave a comment