Home AM Sidang DUN Melaka : Bantuan Bencana Dinaikkan – Rahmat Mariman
AMEkonomiLUAR BANDARMY LNA

Sidang DUN Melaka : Bantuan Bencana Dinaikkan – Rahmat Mariman

Kredit Foto : FB Kerajaan Negeri Melaka

MELAKA, 13 DISEMBER 2022 – Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata kadar sumbangan bagi bencana banjir dinaikkan yangmana jumlah yang di terima sebelum ini antara RM200 hingga RM500 kepada RM300 hingga RM700.

Kadar bantuan kepada mangsa bencana di Negeri Melaka dinaikkan dalam usaha berterusan meringankan beban mereka yang terjejas.

“Bagi bencana ribut kadar sedia ada RM1,000 hingga RM3,000 sebelum ini dinaikkan RM2,000 hingga RM4000. Bencana kebakaran yang sebelum ini menerima RM1,000 hingga RM3,000 dinaikkan kepada RM2,000 hingga RM5,000 dan lain-lain bencana antara RM200 hingga RM500 kepada RM300 ke RM500. 

“Sehingga kini, Kerajaan Negeri telah menyalurkan bantuan berjumlah RM1.4 juta kepada 5,769 mangsa bencana,” ujarnya.

Sebagai persediaan menhadapi banjir Kerajaan Negeri turut membelanjakan RM195,000 bagi menyediakan tiga unit bot penyelamat bagi ditempatkan di setiap daerah.

Beliau turut menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri turut meluluskan peruntukan bagi tujuan persiapan pusat pemindahan sementara (PPS) dan sebanyak RM39,115 dibelanjakan bagi kelengkapan serta peralatan PPS dalam usaha menjaga kebajikan mangsa.

Jelas beliau ketika menjawab soalan lisan Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer (BN-Ayer Limau) pada Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, hari ini yang turut disiarkan secara langsung menerusi media sosial, facebook rasmi Kerajaan Negeri.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMCOVID-19Kesihatan

COVID-19 : Jumlah penerima dos penggalak kedua meningkat

1 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...

AMEkonomiHighlightsMY LNAPengguna

Inisiatif Menu RAHMAH dilancarkan

SUBANG JAYA, 31 Januari 2023 – Inisiatif Menu RAHMAH yang telah diumumkan...

AMBeliaHighlightsMY LNASukan

Sesi dialog awam bukti komitmen KBS dalam mengangkat martabat sektor sukan negara

PUTRAJAYA, 31 Januari 2023 – Satu sesi dialog awam Menteri Belia Dan...

AMMY LNASekuriti Makanan

Keterjaminan Sumber Makanan: Rusia Dan Malaysia Komited Tingkatkan Kerjasama Dua Hala

PUTRAJAYA, 31 JANUARI 2023 – Rusia dan Malaysia berazam mahu meningkatkan kerjasama...