AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNA

Malaysia mesti salurkan semula subsidi bantu golongan B40, M40 dan peniaga kecil – Anwar

140
Foto Kredit : FB Perdana Menteri

PUTRAJAYA, 13 Disember 2022 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) Bil 4 untuk tahun 2022 yang turut dihadiri oleh kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, semua Menteri yang berkaitan serta Ketua Setiausaha Negara. Mesyuarat turut dihadiri oleh pegawai tertinggi kerajaan dan agensi kerajaan diketuai oleh Gabenor Bank Negara serta Ketua-ketua Setiausaha kementerian.

Menurut Anwar dalam satu kenyataan hari ini, mesyuarat tersebut membincangkan mengenai isu yang telah dibangkitkan pada mesyuarat khas yang lalu, di mana beliau sendiri telah berikan masa selama dua minggu kepada kementerian terbabit untuk membentangkan semula kertas yang komprehensif setelah mengadakan sesi libat urus dengan pihak yang terlibat.

Kata Anwar, Malaysia mesti menyalurkan semula subsidi pukal yang turut memanfaatkan golongan mahakaya dan konglomerat ke arah menopang kumpulan B40, M40 dan peniaga kecil yang amat terkesan dan memerlukan.

“Sebagai contoh, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai hampir 10 juta pengguna tetapi 10% dari angka itu yakni 1 juta pengguna yang meliputi kumpulan konglomerat menikmati lebih dari 50% subsidi elektrik. Jabatan-jabatan kerajaan mesti merangka serta membangun wahana yang bersesuaian bagi melaksanakan subsidi bersasar dengan mengambilkira kepentingan pengguna dan industri serta memastikan kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan kebijakan ini.

Sebanyak tiga (3) kertas telah dibentangkan dalam Mesyuarat NACCOL hari ini yang mengupas isu, tantangan dan strategi secara bersama oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan Kementerian Perladangan dan Komoditi. Laporan-laporan itu adalah bertujuan untuk mendapatkan pandangan awal daripada pemegang taruh berkaitan terutamanya pemain industri serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili hak pengguna.” katanya.

Tambah Anwar, Kerajaan juga konsisten dalam membangun serta mendukung pembangunan industri yang mampan.

Jelas beliau, sektor penternakan negara telah lama mencapai tahap yang mampan untuk memenuhi permintaan tempatan dan berupaya untuk mengeksport.

“Kerajaan berhasrat untuk memudahkan industri ini untuk mengeksport ke luar produk mereka serta memastikan sektor penternakan menghasilkan bekalan yang cukup untuk keperluan rakyat, dan ini termasuk menjamin bantuan yang lebih besar dan bersasar, terutamanya kepada pengusaha tempatan.

Pada saat ini, isu bekalan menjadi tumpuan utama kerajaan kerana kekurangan bekalan akan memberi dampak yang buruk. Justeru, kerajaan akan mempertimbangkan untuk meneliti kaedah campurtangan kerajaan di peringkat pengguna. ” kata Anwar.

Mesyuarat NACCOL telah membincangkan perkara tersebut dengan panjang lebar dan beberapa ikhtiar telah disyorkan.

Perkara itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dan Kabinet akan membuat keputusan esok.

 

Lagi Berita Ekonomi :

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...