BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Jabra Memperkenalkan Fon Telinga Wayarles Muat Poket Profesional Dicipta untuk bekerja secara hibrid dan jarak jauh

74

KUALA LUMPUR, 7 Disember, 2022 – Jabra, peneraju dalam penyelesaian bunyi peribadi dan pejabat, melancarkan Jabra Evolve2 Buds, produk terbaru dalam siri Evolve daripada Jabra.

Menurut penemuan McKinsey, fleksibiliti dan kebebasan untuk bekerja dari mana-mana adalah penting memandangkan kepada fakta bahawa 52% daripada pekerja yang ditinjau lebih suka model kerja yang lebih fleksibel selepas pandemik. Evolve2 Buds baharu yang terbaik dalam rangkaian direka untuk meningkatkan tumpuan dan menambah baik kerjasama untuk para profesional yang bekerja semasa dalam perjalanan.

Evolve2 Buds diperakui untuk platform mesyuarat maya terkemuka, termasuk Microsoft Teams dan Zoom, dan menggunakan teknologi terkini untuk mengurangkan bunyi latar belakang yang mengganggu dan membolehkan panggilan yang lebih jelas. Anda boleh lupakan bunyi anjing menyalak dan kanak-kanak yang menangis – atau sebarang bunyi yang tidak diingini yang boleh menjejaskan produktiviti dan kejelasan panggilan anda.

Meminimumkan gangguan anda

Berebut-rebut mencari tempat yang sesuai untuk menerima panggilan tanpa dirancang daripada bos anda? Semasa bekerja dari rumah, pejabat atau berada di ruang awam, bunyi latar belakang di sekeliling anda seperti rakan sekerja berbual, menghempas pintu, periuk berdenting di dapur dan banyak lagi – boleh mengganggu.

Oleh yang demikian, Evolve2 Buds didatangkan dengan teknologi Adjustable Active Noise Cancellation (ANC) yang boleh digunakan oleh profesional yang bekerja secara hibrid untuk memperibadikan ANC kepada pilihan pendengaran mereka, menyekat sebarang bunyi luaran dan meminimumkan gangguan. Evolve2 Buds juga didatangkan dengan ciri ujian pengedap yang dipanggil MyFit, serta SafeTone™ with PeakStop, yang memastikan perlindungan pendengaran yang dipertingkatkan dan pengedap yang paling optimum untuk pengalaman ANC peribadi yang terbaik.

Kualiti panggilan yang lebih tinggi dan perbualan yang sangat jelas

Boleh didengari dan boleh bercakap dengan bebas semasa panggilan tanpa gangguan adalah penting untuk pekerja, terutamanya apabila mesyuarat maya menjadi kebiasaan. Dengan kebanyakan daripada kita kini sudah terbiasa dengan faktor bentuk fon telinga wayarles sebenar, Jabra membangunkan Evolve2 Buds untuk membolehkan pengguna mempunyai perbualan berkualiti tinggi dengan Jabra MultiSensor Voice™.

Ia menggunakan gabungan unik empat mikrofon, penderia pengaliran tulang dan algoritma termaju untuk menyekat sebanyak mungkin bunyi di sekeliling supaya pengguna dapat didengari dengan jelas oleh mereka yang sedang dalam panggilan. Ini menyumbang kepada pengalaman perbualan yang lebih fokus.

Jarak dan kesalinghubungan yang meluas untuk fleksibiliti.

Bagi mereka yang mencari sambungan yang stabil dan mobiliti yang lebih bebas, Evolve2 Buds menampilkan rangkaian wayarles yang jauh. Ini dapat dicapai menggunakan dongle dalam kotak yang unik yang boleh dimasukkan ke PC anda.

Menerima kiriman kurier semasa dalam mesyuarat dengan rakan sekerja anda? Jangan bimbang. Dengan jarak wayarles sehingga 20 meter/65 kaki, Evolve2 Buds memberi fleksibiliti kepada pekerja untuk bergerak di sekitar rumah atau persekitaran kerja hibrid/jarak jauh mereka tanpa menjejaskan kualiti panggilan.

Fon telinga disediakan dengan masa bercakap selama 5 jam dan hayat bateri selama 33 jam termasuk sarung pengecas. Ini bagi mengelakkan masalah fon telinga anda kehabisan cas pada pertengahan mesyuarat.

“Dunia yang kita diami hari ini telah membuatkan kita mencari kebebasan dan fleksibiliti untuk bekerja dari mana-mana sahaja. Pada masa yang sama, kami juga belajar daripada kajian Cara Kerja Hibrid 2022 kami tentang peranan yang dimainkan oleh teknologi dalam meningkatkan penglibatan pekerja dalam kerja hibrid. Dengan mengambil kira semua faktor ini, kami berusaha untuk mencipta produk dengan Jabra Evolve2 Buds baharu kami untuk memperkasakan profesional untuk tampil, boleh didengar dan kelihatan profesional di mana-mana sahaja,” kata Agnes Koh, Pengurus Pemasaran Produk bagi APAC, Jabra.

Ciri utama Evolve2 Buds:

  • Diperakui untuk Microsoft Teams dan platform UC terkemuka – untuk pengalaman kerjasama yang dipertingkatkan
  • Teknologi MultiSensor Voice – memastikan prestasi panggilan profesional dengan menggunakan mikrofon berbilang dan algoritma Jabra untuk menyekat hingar
  • Penyesuai USB plug-and-play untuk sambungan yang dipertingkatkan – Jarak 20 meter/65 kaki memberikan pengguna kebebasan untuk bergerak di sekitar persekitaran kerja mereka
  • Sambungan Multipoint termaju – sambungan kepada dua peranti secara serentak
  • Pembatalan Bunyi Aktif Boleh Laras – menapis hingar latar belakang bagi meningkatkan tumpuan
  • Penggunaan HearThrough dan satu fon telinga – membolehkan pengguna mendengar bunyi sekeliling melalui fon telinga ketika memakainya
  • Meningkatkan hayat bateri – dengan kuasa bateri selama 33 jam, termasuk sarung dan pengecasan tanpa wayar
  • Reka bentuk ultra tersembunyi – untuk keselesaan muktamad dan penampilan profesional

Evolve2 Buds dijual mulai akhir November pada harga MYR1,640 untuk USB-C UC dan MYR 1,860 untuk USB-C UC dengan Pad Pengecasan Tanpa Wayar.

Ketahui lebih lanjut tentang Jabra Evolve2 Buds dengan melayari www.jabra.com/evolve2-buds.

Lagi Berita Gaya Hidup :

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Perindahkan hari raya dengan kesederhanaan

Oleh: Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar Benar, Ramadan baru sahaja berlalu....

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNAUTAMA

Penjual Kerepek Capai 80% Peningkatan Jualan dengan Shopee Live

KUALA LUMPUR, 19 April 2024 – Mengenal pasti potensi berkembang strim langsung,...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Palestin dan hakikat kemenangan Aidilfitri

Dr. Mohd Istajib Mokhtar Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya di...