BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAMuzik & Hiburan @ My LNA

Fahmi Fadzil Iktiraf Selebriti Wawa Zainal, Aeril Zafrel & Ac Mizal Sebagai Usahawan Cemerlang Di Anugerah SEBA 2022

530

KUALA LUMPUR, 8 DECEMBER 2022 – Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil merasmikan acara penganugerahan tahunan ‘SME and Entrepreneurs Business Award 2022 (SEBA 2022) Central Grand Awards Presentation Gala’ dengan kehadiran Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (KUSKOP), YBhg. Dato’ Suriani Ahmad. Dianjurkan oleh Yayasan Usahawan Malaysia, SEBA 2022 Central Grand Awards dilangsungkan pada 8 Disember 2022 di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur.

Bertemakan “RISE UP”, gala penganugerahan edisi ke-7 ini meraikan SME dan usahawan terkemuka di Malaysia termasuk pelakon dan model, Wawa Zainal, pelakon Aeril Zafrel, selebriti tempatan Dato’ Mizal Zaini (AC Mizal), usahawan terkenal TikTok, Hosni Mubarak Elarab, Usahawan Terbaik Tahun ini YBhg Datuk (Dr) Vinod Sekhar dari Petra Group berserta jenama Malaysia paling berjaya seperti Uncle Don’s, Hartalega, dan banyak lagi. Sebanyak 55 anugerah disampaikan kepada usahawan-usahawan teladan bagi menghargai prestasi cemerlang dan usaha inovatif mereka sepanjang tahun ini.

Semasa ucapan beliau, Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil berkata, “Rahsia membina perniagaan yang berjaya melalui pelbagai kaedah ialah kreativiti, yang mana wujud dalam DNA setiap usahawan. Kementerian Komunikasi dan Digital menantikan untuk menyediakan sokongan pendigitalan dan kreativiti kepada para SME melalui pelbagai saluran.”

Acara SEBA 2022 Grand Central kembali lagi selepas beberapa bulan penganjuran edisi Utara yang pertama pada bulan Mac tahun ini di mana 27 pemain industri dari Langkawi, Perlis, Kedah dan Perak menerima penganugerahan di Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang. Di acara Central Grand Awards Presentation Gala Kuala Lumpur, SEBA berinspirasi untuk mengiktiraf usahawan dan perniagaan yang cemerlang sekaligus melonjakkan mereka ke tahap yang lebih tinggi di dalam usaha perniagaan mereka yang dapat membangunkan ekonomi negara dan meletakkan Malaysia sebagai hub usahawan di masa hadapan.

Buat pertama kalinya, pengendali perkhidmatan komunikasi terkemuka Malaysia, Maxis, berganding bahu dengan SEBA, memperkenalkan Anugerah Maxis yang mensasarkan untuk memperkasakan, mengiktiraf dan menyokong usahawan Malaysia yang cemerlang, berinisiatif, serta menyumbang kepada rakyat Malaysia. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Yayasan Food Aid yang mengendalikan bank makanan, menerima Anugerah Maxis yang bernilai RM150,000 dalam bentuk solusi teknologi dan wang tunai bagi menyokong usaha mereka mengagihkan bekalan makanan lebihan kepada golongan yang memerlukan. Pada tahun 2021, Yayasan Food Aid telah mengagihkan lebih 7 juta bekalan makanan bernilai lebih RM35 juta.

“Dengan berlakunya beberapa peristiwa yang tidak dapat dijangkakan pada tahun ini, kami menetapkan tema “RISE UP” bagi memperingati perjalanan hebat sepanjang tahun ini. Usahawan-usahawan yang cemerlang harus bersedia untuk mengambil risiko dan menyesuaikan diri dengan situasi untuk meneruskan kelangsungan perniagaan mereka. Kita telah belajar semasa pandemik, inovasi dan kebolehsuaian amat penting dalam dunia masa kini. Dengan itu, semua penerima anugerah ini menunjukkan kecemerlangan mereka sepanjang tahun ini,” kata Pengasas SEBA dan Pengerusi Yayasan Usahawan Malaysia, En. Nitesh Malani.

Selain Maxis, SEBA 2022 turut disokong oleh Standard Chartered Saadiq, Sun Life Malaysia, Honda Malaysia dan beberapa organisasi lain. 

“Malaysia berpotensi untuk menerajui Asia Tenggara ke tahap yang lebih tinggi melalui usahawan-usahawan yang cemerlang. Ia merupakan mandat kami di SEBA untuk menjadi tunjang kepada perniagaan bagi mencapai kredibiliti global. Setiap tahun, kami berhasrat untuk menyalurkan lebih banyak sokongan kepada para usahawan bagi mencapai pengiktirafan yang selayaknya dan melonjakkan jenama mereka secara keseluruhan” kata Cik Lyndia Wong, Pengerusi SEBA 2022. 

Lagi Berita Gaya Hidup :

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Pemegang Saham sokong dua cadangan SCIB dalam EGM

KUCHING, SARAWAK, 27 Mac 2024 – Pakar sistem bangunan perindustrian, Sarawak Consolidated...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun...