Home AM Timbalan Menteri Selesai Angkat Sumpah
AMMY LNA

Timbalan Menteri Selesai Angkat Sumpah

Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia

KUALA LUMPUR 10 Disember 2022 – Seramai 27 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini, hari ini.

Semua timbalan menteri itu melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia, sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut hadir menyaksikan majlis Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia yang bermula 3 petang ini.

Ia dimulakan dengan istiadat angkat sumpah dua Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong, Timbalan Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang, Timbalan Menteri Peladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin dan Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib.

Turut mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri ialah Akmal Nasrullah Nasir (Pembangunan Kerajaan Tempatan), Adly Zahari (Pertahanan), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (Kerja Raya), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah (Dalam Negeri), Liew Chin Tong (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Yusof Apdal (Pendidikan Tinggi), Datuk Arthur Joseph Kurup (Sains, Inovasi dan Teknologi), Aiman Athirah Sabu (Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat) , Fuziah Salleh (Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup), Ramkarpal Singh (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Hwang Tiong Si (Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim), Saraswathy Kandasamy (Pembangunan Usahawan dan Koperasi), Datuk Mohamad Alamin (Luar Negeri), Khairul Firdaus Akbar Khan (Pelancongan, Seni dan Budaya), Teo Nie Ching (Komunikasi dan Digital), Lim Hui Ying (Pendidikan), Adam Adli Abdul Halim (Belia dan Sukan), Mustafa @ Mohd Yunus Sakmud (Sumber Manusia), Lukanisman Awang Sauni (Kesihatan) dan Datuk Wilson Ugak Kumbong (Jabatan Perdana Menteri).

Dua Timbalan Perdana Menteri, iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah serta Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, hadir bersama isteri masing-masing.

Hadir sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang

Semua timbalan menteri di bawah Kerajaan Perpaduan itu mengangkat sumpah jawatan, susulan pengumuman senarai timbalan perdana menteri oleh Anwar malam tadi.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMEkonomiHighlightsMY LNAPerladangan

Fadillah ke Indonesia, eratkan kerjasama

PUTRAJAYA 8 Februari 2023 – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) memaklumkan bahawa...

AMEkonomiHighlightsMY LNA

Lima individu dilantik anggotai badan penasihat khas, bantu Anwar selaku Menteri Kewangan

PUTRAJAYA 7 Februari 2023 – Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim memaklumkan...

AMCOVID-19Kesihatan

COVID-19 : Jumlah kes baharu harian di bawah 200

8 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...