PUTRAJAYA 10 Disember 2022 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan sesi persekolahan bagi Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 bermula pada 19 Mac 2023 (Kumpulan A) dan 20 Mac 2023 (Kumpulan B).
KPM menerusi satu kenyataan media memaklumkan, sesi persekolahan bagi negeri Kumpulan A bermula 19 Mac hingga 9 Mac 2024, manakala Kumpulan B pada 20 Mac 2023 hingga 10 Mac 2024.
Kementerian Pendidikan membuat ketetapan untuk menangguhkan pembukaan sekolah bagi sesi persekolahan Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 yang dijadualkan bermula pada 12 Mac 2023 bagi Kumpulan A dan 13 Mac 2023 bagi Kumpulan B supaya pengoperasian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat dilaksanakan dengan lancar.
“Selain itu, perubahan permulaan sesi sekolah itu turut dilakukan supaya sesi persekolahan bagi Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 dikekalkan pada Mac 2023.
“Ia juga bagi memastikan KPM mematuhi Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998 (Pindaan) 2021 supaya sesi persekolahan tidak kurang daripada 190 hari,” katanya.
KPM juga mengambil maklum cadangan daripada beberapa pihak untuk mengembalikan permulaan sesi persekolahan kepada bulan Januari.
”KPM berpandangan perkara ini boleh dilaksanakan dengan memendekkan cuti persekolahan secara berperingkat bermula daripada tahun 2023 sehingga 2026 dengan pematuhan kepada jumlah hari persekolahan dalam kalendar akademik.
“KPM juga mengambil kira pelbagai pandangan yang diterima daripada pemegang taruh untuk mengelakkan peperiksaan SPM diadakan pada bulan November dan Disember kerana bertembung dengan musim tengkujuh.
“Pelaksanaan peperiksaan SPM dalam musim tengkujuh boleh menimbulkan tekanan bukan sahaja bagi guru dan petugas peperiksaan, malah kepada murid dan ibu bapa yang terlibat. Sekiranya SPM diadakan pada Februari atau Mac, tempoh menunggu untuk calon terbabit bagi kemasukan ke universiti juga akan lebih pendek berbanding sebelum ini.
KPM sentiasa melihat kepada keperluan dan kesesuaian penyediaan kalendar akademik untuk tahun seterusnya bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum.
Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 boleh di muat turun melalui laman sesawang KPM di pautan https//www.moe.gov.my/
- Spackman Media Group Artist Son Suk-Ku Ranks #1 In The 2023 MALE ACTORS TO WATCH Survey In Korea
- LOHAS EXPO x Natural, Organic, Green Life Expo 2023
- Metamorphosis By De Beers: Prelude
- RGE closes inaugural US$550 million Sustainability-Linked Derivative with MUFG
- The British Ambassador welcomes the launch of Malvern College Tokyo at British Embassy.
Leave a comment