Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim malam ini mengumumkan senarai Timbalan Menteri kepada Kabinet Kerajaan Perpaduan. Pelantikan Timbalan Menteri berkenaan menyusul selepas pengumuman Kabinet 28 Menteri pada 2 Disember lalu.
Senarai barisan Timbalan Menteri itu diumumkan Anwar di Pejabat Perdana Menteri kira-kira pukul 8.15 malam yang turut di siarkan secara langsung menerusi pelbagai platform media. Perlantikan ini sekaligus melengkapkan Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan beliau.
“Senarai nama timbalan menteri dipilih ini selepas perbincangan dibuat bersama dengan semua ketua-ketua parti dan mengambil kita perwakilan dari semua wilayah, wanita dan kalangan muda”, ujar beliau.
Barisan jemaah lebih padu dan bekerja sebagai satu pasukan serta menumpu pemerhatian dalam soal pemacuan pertumbuhan ekonomi yang segar dan menumpukan pemerhatian permasalahan rakyat adalah menjadi agenda utama Kerajaan Perpaduan.
- Timbalan Menteri Kewangan – Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim
- Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital – Teo Nie Ching
- Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi – Ramkarpal Singh
- Timbalan Menteri Belia dan Sukan – Adam Adli
- Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah – Datuk Rubiah Wang
- Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi – Siti Aminah Aching
- Timbalan Menteri Pengangkutan – Hasbi Habibullah
- Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan – Chang Fong Chin
- Timbalan Menteri Ekonomi – Datuk Hanifah Taib
- Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan – Akmal Nasrullah Mohd Nasir
- Timbalan Menteri Pertahanan – Adly Zahary
- Timbalan Menteri Kerja Raya – Datuk Abdul Rahman Mohamad
- Timbalan Menteri Dalam Negeri – Datuk Seri Dr Samsul Anuar Nasarah
- Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri – Liew Ching Tong
- Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi – Datuk Seri Yusuf Apdal
Anwar juga turut menjelaskan bahawa senarai nama itu juga telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong petang tadi dan istiadat angkat sumpah akan diadakan di Istana Negara pada pukul 3 petang esok.


- NetApp Announces New Line of Low-Cost, Capacity Flash Storage for the Modern Data Center
- Southco Introduces New Rotary Latch with Anti-Vibration Bumper And Cable Mounting Bracket
- NetApp Advance Offers Organizations Next Level Hybrid Cloud Flexibility and Efficiency
- Everything you need to start producing immersive audio
- Fadillah ke Indonesia, eratkan kerjasama
Leave a comment