KUALA LUMPUR, 8 Disember 2022 – Anthony Loke yang juga Menteri Pengangkutan berkata, sebanyak 56 set tren Transsit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya akan beroperasi secara berperingkat menjelang suku ketiga tahun hadapan bagi meningkatkan kekerapan perkhidmatan pada waktu puncak.
“Pada masa ini hanya 38 tren LRT beroperasi pada waktu puncak dengan kekerapan perkhidmatan 5 minit, manakala 18 lagi tidak dapat beroperasi kerana sedang menjalani pelbagai proses penyelenggaraan”, ujarnya ketika sidang media di Bangsar hari ini.
“Untuk mencapai kekerapan perkhidmatan 3 minit kita memerlukan sekurang-kurangnya 48 tren beroperasi, justeru itu saya telah minta pihak Prasarana untuk mempercepatkan proses penyelenggaraan”, tambahnya.
“Buat masa sekarang kita tidak dapat untuk melaksanakan kekerapan perkhidmatan dalam tempoh 3 minit namun ianya akan tetap dilaksanakan sekiranya tren telah mencukupi. Kita tidak mahu ianya terus statik dengan tempoh 5 minit”.
Sehingga kini pihak Prasarana telah membeli 19 buah tren bagi perkhidmatan laluan Kelana Jaya, dimana unit pertama akan memulakan operasinya pada Ogos tahun hadapan.
Lawatan kerjanya hari ini adalah sebahagian daripada objektif Kementerian Pengangkutan yang mahukan penambahbaikan pengangkutan awam, digitalisasi perkhidmatan dan keselamatan jalan raya.
- Jumlah harian penerima dos penggalak kedua semakin meningkat
- A Turning Point In Vietnam’s HealthTech: VinBrain Announces Collaboration with Microsoft To Expand AI-Powered Healthcare to Patients Worldwide
- beIN SPORTS To Exclusively Broadcast Formula One In 10 Territories In Asia
- Amazon Web Services powers Bondee to take the Asia social media scene by storm
- Singapore firms can now tap on Temus-IMDA’s talent conversion programme to fill tech roles
Leave a comment