PUTRAJAYA 8 Disember 2022 – Nama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) terus kekal di bawah pentadbiran Dato Sri Tiong King Sing selaku menterinya.
Beliau membuat pengumuman itu menerusi siaran media, dimana Mesyuarat Kabinet pertama Kerajaan Perpaduan yang telah di adakan pada 7 Disember lalu telah membuat keputusan untuk terus mengekalkan nama tersebut.
Dato Sri Tiong King Sing juga turut menjelaskan, akan terus memperkasakan MOTAC tidak hanya tertumpu kepada pelancongan tetapi meliputi segala aspek berkaitan kesenian dan kebudayaan selain daripada keunikan pelbagai etnik masyarakat majmuk yang ada di Malaysia.
Beliau juga beriltizam untuk terus mengamalkan dasar pintu terbuka dan bersedia mengadakan sesi libat urus dengan semua pihak bagi memastikan sektor pelancongan, kesenian dan kebudayaan akan terus gah di Malaysia dan di luar negara.
Ucapan penghargaan juga diberikan kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak kepada pemain industri yang berkaitan dengan MOTAC, malah berharap agar nama Malaysia terus di kenali di peringkat global.
Tiong King Sing yang sebelum ini pernah dilantik sebagai Duta Khas bertaraf Menteri kepada Perdana Menteri ke China pada tahun 2020, juga berjanji untuk terus memartabatkan mereka yang telah menyumbang kepada MOTAC menerusi Anugerah Seni Negara yang telah sekian lama dihentikan.
- NetApp Announces New Line of Low-Cost, Capacity Flash Storage for the Modern Data Center
- Southco Introduces New Rotary Latch with Anti-Vibration Bumper And Cable Mounting Bracket
- NetApp Advance Offers Organizations Next Level Hybrid Cloud Flexibility and Efficiency
- Everything you need to start producing immersive audio
- Fadillah ke Indonesia, eratkan kerjasama
Leave a comment