Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKOM) kini dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Digital. Menterinya, Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa pertukaran nama itu disahkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali.
“Saya ingin maklumkan secara rasminya bahawa nama kementerian ini ialah Kementerian Komunikasi dan Digital, The Ministry of Communications and Digital. Perkara ini disahkan oleh KSN pada pagi tadi,” katanya pada sidang media di kementeriannya pada 7 Disember lalu.
Fahmi Fadzil turut memberitahu bahawa agensi berkaitan seni dan budaya akan diletakkan di bawah kementerian lain.
Mesyuarat jemaah menteri pada hari ini memutuskan bahawa aspek seni dan budaya itu bukan di bawah kementerian ini tetapi mungkin pada waktu ini saya serahkan pada menteri berkenaan untuk buat pengumuman,” katanya.
Mesyuarat Kabinet yang berlangsung pada sebelah pagi berjalan dengan suasana sangat positif dan produktif.
“Mulanya saya jangkakan mungkin tempoh mesyuarat itu lama tetapi Perdana Menteri nampaknya ingin kita semua bekerja dengan pantas, banyak tugas yang perlu dilaksanakan.
“Antara isu tumpuan terutamanya kos sara hidup, berkaitan urus tadbir yang lebih baik dan juga meneliti masalah ketirisan dan aspek penjimatan yang boleh dilakukan.
“Perdana Menteri juga sudah arah semua menteri potong gaji 20 peratus tapi lebih daripada itu beliau mahu menteri untuk tumpukan kepada tugas terutama memastikan kesejahteraan hidup rakyat,” katanya
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Seri Mohamad Mentek



- NetApp Announces New Line of Low-Cost, Capacity Flash Storage for the Modern Data Center
- Southco Introduces New Rotary Latch with Anti-Vibration Bumper And Cable Mounting Bracket
- NetApp Advance Offers Organizations Next Level Hybrid Cloud Flexibility and Efficiency
- Everything you need to start producing immersive audio
- Fadillah ke Indonesia, eratkan kerjasama
Leave a comment