PUTRAJAYA, ^ Disember 2022 – Nga Kor Ming telah mengimbas kad perakam waktu kira-kira pukul 8.50 pagi tadi, simbolik bermulanya tugas sebagai Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Putrajaya hari ini.
Kor Ming antara 28 Menteri yang hadir ke Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia setelah terpilih mengganggotai Kabinet Kerajaan Perpaduan.
Istiadat DiRaja itu dilakukan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin A-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada 3 Disember lalu.
“Pengumuman mengenai pelantikan timbalan menteri di dalam 28 kementerian juga akan diketahui dalam masa terdekat”, ujarnya menjawab soalan media di Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
“Malah proses perbincangan mengenai calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan itu sedang dilakukan kerajaan. Perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat khas Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semalam”, tambahnya.
Di majlis yang sama beliau turut menjelaskan bahawa pilihan raya kerajaan tempatan bukan satu keutamaan yang perlu disegerakan, sebaliknya beliau mahu memberi tumpuan kepada tujuh fokus utama yang disenaraikan terlebih dahulu bagi memastikan kesejahteraan rakyat diutamakan.
Tegas beliau, aspirasi rakyat yang mahukan kestabilan ekonomi menjadi agenda dan fokus utama Kerajaan Perpaduan yang di dukung oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri.



- Jumlah harian penerima dos penggalak kedua semakin meningkat
- A Turning Point In Vietnam’s HealthTech: VinBrain Announces Collaboration with Microsoft To Expand AI-Powered Healthcare to Patients Worldwide
- beIN SPORTS To Exclusively Broadcast Formula One In 10 Territories In Asia
- Amazon Web Services powers Bondee to take the Asia social media scene by storm
- Singapore firms can now tap on Temus-IMDA’s talent conversion programme to fill tech roles
Leave a comment