Home AM Anwar Mula Tugas Sebagai Menteri Kewangan
AMEkonomiMY LNA

Anwar Mula Tugas Sebagai Menteri Kewangan

Kredit Foto : SADIQ ASYRAF/Prime Minister’s Office of Malaysia

PUTRAYA, 6 Disember 2022 – Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim hari ini memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Kewangan.

Beliau tiba di perkarangan Kementerian Kewangan (MOF) pukul 7.58 pagi dan disambut Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Datuk Johan Mahmood Merican.

Turut menyambut ketibaan Perdana Menteri ialah Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin dan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Datin Rashidah Mohd Sies.

Anwar pernah memegang portfolio sebagai Menteri Kewangan dari 1991 hingga 1998 di bawah pentadbiran Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMCOVID-19KesihatanMY LNA

Jumlah harian penerima dos penggalak kedua semakin meningkat

27 JANUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...

AMGempa Bumi

Gempa bumi sederhana berlaki di Sichuan, China. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

26 JANUARI 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa satu...

AMCOVID-19KesihatanMY LNA

Jumlah harian penerima dos penggalak kedua meningkat

26 JANUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...

AMHighlightsLUAR BANDARMY LNAPendidikan

Pemerkasaan TVET antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat MEXCLUB

PUTRAJAYA, 26 Januari – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) komited menyediakan...