Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan melaksanakan beberapa perkara demi menjamin kesejateraan rakyat dalam mengangkat ekonomi negara agarnya terus mampan.
Antaranya adalah perlaksanaan pemotongan gaji Jemaah menteri yang mana masing-masing telah bersetuju untuk memotong sebanyak 20 peratus setiap bulan.
Beliau berkata, keputusan itu dilaksanakan atas semangat keprihatinan anggota Kabinet terhadap permasalahan yang dihadapi rakyat ketika ini.
“Kalau ekonomi pulih dalam tempoh tiga tahun kita kaji semula. Saya tahu potong gaji ini memang tidak wajar, tetapi saya berterima kasih ke atas kesediaan Jemaah Menteri melakukan sedikit pengorbanan”
Ada orang kata Anwar patutlah dia tak ambil gaji Perdana Menteri kerana dia ambil gaji Menteri Kewangan, tak betul… gaji ini satu saja,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas pertama Kabinet Kerajaan Perpaduan di Putrajaya hari ini.
Di Majlis yang sama juga beliau memberi jaminan dasar yang dirangka pentadbiran terdahulu serta Rang Undang-undang (RUU) yang masih di peringkat perbahasan ketika Parlimen dibubarkan, akan diteruskan jika ia baik dan tidak bermasalah.
Ianya termasuk RUU berkaitan Dasar Generasi Penamat (GEG) yang dibawa Kementerian Kesihatan (KKM) dan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang sebelum ini dibentangkan Menteri Kesihatan ketika itu, Khairy Jamaluddin.
Beliau menjelaskan, ia berikutan kerajaan yang ada sekarang bukanlah kerajaan yang baru ditubuhkan, sebaliknya kerajaan bagi meneruskan sistem yang ada, namun akan lebih tegas dalam membuat perubahan.
“Yang baik, perjanjian baik, kontrak yang baik, tidak ada masalah, kita akan ikut. Jika jelas umpamanya tender tu berbilion (ringgit) tidak ikut perolehan atau projek yang diluluskan berbilion, ratus bilion tidak ikut tender, tidak ikut proses, tentu kita harus teliti semula.
Selain itu beliau turut mengarahkan semakan semula kontrak rangkaian 5G bernilai RM11 bilion yang diberikan oleh Digital Nasional Berhad (DNB) iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan kepada gergasi telekomunikasi Sweden Ericsson sewaktu pemerintahan terdahulu.
“Saya telah arahkan untuk ianya di kaji semula, ia tidak di lakukan secara telus dan tidak ada proses tender yang betul. Kita perlu semak untuk memastikan ianya mengikut prosedur kewangan yang betul”, katanya.
Dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali turut hadir dalam majlis tersebut.
- Spackman Media Group Artist Son Suk-Ku Ranks #1 In The 2023 MALE ACTORS TO WATCH Survey In Korea
- LOHAS EXPO x Natural, Organic, Green Life Expo 2023
- Metamorphosis By De Beers: Prelude
- RGE closes inaugural US$550 million Sustainability-Linked Derivative with MUFG
- The British Ambassador welcomes the launch of Malvern College Tokyo at British Embassy.
Leave a comment