Home MY LNA Sokongan dan Dokongan Tiada Berkompromi Kepada Kerajaan Perpaduan –Anthony Loke
MY LNAPolitik

Sokongan dan Dokongan Tiada Berkompromi Kepada Kerajaan Perpaduan –Anthony Loke

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke. Jurufoto Azuddin.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata satu-satunya objektif DAP dalam menyertai Kabinet adalah untuk menyokong dan mendokong dengan tiada berkompromi terhadap kepimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam menjayakan Kerajaan Perpaduan.

“Sekiranya Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Anwar berjaya, ia sekali gus meraih kejayaan buat negara”, ujarnya ketika sidang media yang di adakan di Ibu Pejabat DAP, Kuala Lumpur semalam.

“Kita akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendokong kepimpinan beliau dan buktikan DAP ikhlas dalam usaha dan perjuangan bagi menjayakan Kerajaan Perpaduan,” tambahnya.

Beliau turut menjelaskan, memandangkan DAP menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri tanpa syarat, parti itu sedia berkorban apa sahaja sebagai komitmen kepada Anwar.

“Kita menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa syarat, jadi seperti yang saya katakan tadi, pada 22 Nov sebelum beliau pergi ke Istana Negara, saya menyatakan, selagi Anwar boleh menjadi Perdana Menteri, DAP sanggup berkorban apa sahaja, itu komitmen saya kepadanya” katanya

Antony juga turut menjelaskan bahawa pelantikan empat menteri dari parti itu, dimana ada beberapa nama yang dicadangkan kepada Perdana Menteri untuk membarisi Kabinet dengan mengambil kira kesesuaian pemimpin dalam bidang portfolio, pembabitan wanita dan kaum India.

DAP menghormati keputusan Perdana Menteri melantik empat ahli parti itu iaitu beliau sendiri sebagai Menteri Pengangkutan, Nga Kor Ming (Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan), Hannah Yeoh (Menteri Belia dan Sukan) dan V. Sivakumar (Menteri Sumber Manusia).

“Ini adalah antara nama-nama yang dicadangkan kepada PM tetapi kita hormati prinsip bahawa keputusan akhir berada di tangan Perdana Menteri. Kita sebagai parti komponen di dalam Pakatan Harapan sentiasa ada perbincangan dan rundingan, tetapi kita perlu hormat bahawa keputusan berkenaan jemaah menteri terletak di atas budi bicara Perdana Menteri,” ujarnya.

Ditanya mengenai Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi kes mahkamah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau berkata perkara itu adalah di bawah bidang kuasa mahkamah.

“Kes Zahid terpulang kepada mahkamah, ada proses mahkamah sedang berjalan. Kita dalam Kabinet hanya membincangkan agenda negara bukan agenda kes masing-masing, tidak akan sentuh dan bincang kes peribadi, hanya agenda rakyat dan negara menjadi keutamaan,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa mereka terlebih dahulu mengdakan mesyuarat di antara Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang diadakan sehari selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) memberi mandat untuk menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 dan menubuhkan kerajaan persekutuan tanpa syarat.

Beliau turut menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di atas perkenan baginda untuk melantik empat menteri daripada DAP, selain merakamkan penghargaan kepada Anwar di atas kepercayaan beliau terhadap ahli DAP dalam membarisi kabinetnya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMEkonomiHighlightsMY LNAPerladangan

Fadillah ke Indonesia, eratkan kerjasama

PUTRAJAYA 8 Februari 2023 – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) memaklumkan bahawa...

AMEkonomiHighlightsMY LNA

Lima individu dilantik anggotai badan penasihat khas, bantu Anwar selaku Menteri Kewangan

PUTRAJAYA 7 Februari 2023 – Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim memaklumkan...

AMHighlightsMY LNAPerumahan

1,488 Penghuni PPR Taman Bagan Jaya, Pulau Pinang Bakal Nikmati Kemudahan Akses Internet Percuma Selama 9 Bulan

BUTTERWORTH, 6 Februari 2023 – Seramai 1,488 orang penghuni Program Perumahan Rakyat...