AMBM @ MY LNA

Tiong King Sing diharap dapat rancakkan usaha perkasakan kembali industri pelancongan negara

616

PUTRAJAYA. 3 Disember 2022 – Pelantikan Dato Sri Tiong King Sing sebagai Menteri Pelancongan dipercayai dapat merealisasikan segala perancangan yang telah digariskan dalam memperkasakan keseluruhan rantaian sektor pelancongan untuk tahun-tahun kehadapan akan dapat dicapai.

Kata Kementerian Pelancongan dalam satu kenyataan yang diedarkan hari, Tiong King Sing yang sebelum ini pernah dilantik sebagai Duta Khas bertaraf Menteri kepada Perdana Menteri ke China pada tahun 2020 diharap dapat bersama dalam merancakkan usaha ke arah memperkasakan kembali industri pelancongan negara pasca pandemik Covid-19.

“Pihak kementerian yakin pemilihan dan pelantikan YB Dato Sri Tiong King Sing ini akan memperkukuhkan lagi barisan kepimpinan dan pasukan kerja kementerian.

Bersandarkan sokongan para pemegang taruh serta pemain industri, pihak kementerian akan terus komited bagi membangunkan sektor ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals).” kata Kementerian Pelancongan.

Lagi Berita AM :

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...