AMPengguna @ My LNA

Harga runcit maksimum minyak masak tulen kemasan botol tidak berubah

328

PUTRAJAYA 1 Disember 2022 – Harga runcit maksimum minyak masak tulen kemasan botol bagi tempoh 8 Disember 2022 hingga 7 Januari 2023 adalah kekal.

Dalam satu kenyataan semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan penetapan harga itu adalah hasil kerjasama daripada pihak industri minyak masak yang telah bersetuju untuk mengekalkan harga maksimum bulan Disember 2022 sama dengan bulan November 2022 walaupun harga purata minyak masak mentah (CPO) sepanjang bulan November mencatatkan peningkatan berbanding bulan sebelumnya (Oktober).

Tambah KPDNHEP mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksimum yang telah ditetapkan boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti seperti berikut:

1. Individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan;

2.Syarikat; boleh didenda sehingga RM500,000.

KPDNHEP turut menyeru seluruh masyarakat pengguna terus berhemah dalam pembelian, mengutamakan yang perlu dan merancang setiap pembelian di masa yang sama turut menggalakkan pengguna menjadi mata dan telinga kepada Kerajaan untuk menyalurkan maklumat berkaitan ketidak-patuhan undang-undang membabitkan harga runcit maksimum minyak masak sawit tulen di pasaran melalui pelbagai saluran aduan rasmi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...