Barisan Kabinet baharu Kerajaan Perpaduan akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah esok.
Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan saiz barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang disertai 28 menteri di pejabat beliau di Putrajaya yang telah di siarkan secara langsung menerusi pelbagai platform media pada 2 Disember lalu.
Jumlah saiz itu termasuk beliau yang memegang portfolio Menteri Kewangan adalah lebih kecil, berbanding seramai 31 jemaah menteri dalam kerajaan yang terbentuk sebelum ini.
Malaysia turut mencipta sejarah baharu dalam barisan Kabinetnya apabila buat julung kali negara dipimpin oleh dua Timbalan Perdana Menteri.
Mereka adalah Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof. Selain itu, Ahmad Zahid turut dilantik sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Manakala Fadillah pula sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi.
Anthony Loke pula dilantik Menteri Pengangkutan dan Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Mohd Rafizi Ramli diumumkan sebagai Menteri Ekonomi dan Nga Kor Ming dilantik Menteri Pembangunan, Kerajaan Tempatan.
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik Menteri Pertahanan, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi diumum sebagai Menteri Kerja Raya manakala Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz dilantik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Fahmi Fadzil dilantik Menteri Komunikasi dan Digital manakala Fadhlina Sidek akan menerajui Kementerian Pendidikan. Datuk Seri Nancy Shukri pula dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Datuk Seri Salahuddin Ayub dilantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Saifuddin Nasution Ismail akan menerajui Kementerian Dalam Negeri. Sementara itu, Dr Zaliha Mustafa dilantik Menteri Kesihatan dan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dilantik Menteri Luar Negeri.
Mohamed Khaled Nordin diumum Menteri Pendidikan Tinggi dan Chang Lih Kang dilantik Menteri Sains dan Teknologi.
Datuk Seri Azalina Othman dilantik sebagai Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi manakala Nik Nazmi Nik Ahmad pula menjawat jawatan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
Ewon Benedick dilantik Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Armizan Mohd Ali dilantik Menteri JPM (Sabah Sarawak) dan Tiong King Sing dilantik Menteri Pelancongan.
Chang Lih Kang dilantik Menteri Sains dan Teknologi manakala Hannah Yeoh akan menerajui Kementerian Belia dan Sukan. Aaron Ago Dagang dilantik Menteri Perpaduan dan Ketua Hakim Syarie Mohd Na’im dilantik menjadi Menteri Agama.
Menurut Anwar, barisan Kabinet akan dipanggil ke mesyuarat khas Isnin ini untuk penetapan peraturan-peraturan baharu.
“Saya akan mengadakan pertemuan khas dengan menteri supaya beberapa peraturan dan hala tuju dan kaedah baharu dapat diperkenalkan dengan maksud untuk memusatkan segala usaha dalam kerajaan,” ujar beliau sebelum membuat pengumuman pembentukan kabinet baharu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, mesyuarat khas itu antara lain bertujuan untuk mengumumkan beberapa peraturan baharu.
Antaranya disebut beliau termasuk berkaitan cara mengurus kementerian, selain cara mendampingi dan bekerjasama dengan penjawat awam, penetapan cara untuk ahli Jemaah Menteri membuat pengumuman berkaitan dasar, serta cara berbelanja agar tidak melebihi kadar sepatutnya.
27 JANUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...
By hebahan amJanuary 27, 202326 JANUARI 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa satu...
By hebahan amJanuary 26, 202326 JANUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...
By hebahan amJanuary 26, 2023PUTRAJAYA, 26 Januari – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) komited menyediakan...
By hebahan amJanuary 26, 2023
Leave a comment