CYBERJAYA, 1 DISEMBER 2022 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kedah telah mengadakan tinjauan serta menyantuni wakil penduduk di lima (5) kampung tersebut iaitu Taman Bunga Raya, Taman Raya Indah, Taman Raya Murni, Kg. Padang dan Kg. Nesa.
Ia adalah susulan dari laporan akhbar Harian Metro dan Buletin TV3 pada 28 November 2022 berkenaan 8,000 penduduk di situ yang berhadapan dengan ketiadaan rangkaian komunikasi.
Menurut MCMC dalam satu kenyataan hari ini, pihaknya telah memasukkan ke dalam perancangan bagi pelaksanaan satu (1) struktur menara komunikasi baharu di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) sebagai langkah penyelesaian bagi menambah baik kualiti liputan di lokasi aduan.
Katanya, pembinaan menara komunikasi baharu itu dijangka siap dalam tempoh setahun.
“Bagi penyelesaian interim, pihak penyedia perkhidmatan turut diminta untuk menjalankan pengoptimuman di menara komunikasi sedia ada berhampiran dalam masa seminggu bagi menambah baik kualiti liputan di lokasi aduan.
Pihak MCMC akan sentiasa memantau pelaksanaan kerja-kerja pengoptimuman yang akan dijalankan oleh pihak penyedia perkhidmatan dan juga akan memastikan struktur menara komunikasi baharu yang telah dirancang ini akan dapat dilaksanakan dengan segera apabila dimuktamadkan kelak.” ujar MCMC.
27 JANUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...
By hebahan amJanuary 27, 202326 JANUARI 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa satu...
By hebahan amJanuary 26, 202326 JANUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...
By hebahan amJanuary 26, 2023PUTRAJAYA, 26 Januari – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) komited menyediakan...
By hebahan amJanuary 26, 2023
Leave a comment