BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAMakan @ My LNA

Jongga & Nongshim Farmer’s Heart Mengiktiraf Chef Wan Sebagai Duta & Pakar Pembuat Kimchi Di Festival Kimchi Malaysia Yang Pertama

584

PETALING JAYA, 26 NOVEMBER 2022 – Chef Selebriti Malaysia, Datuk Dr. Chef Wan dinamakan sebagai Duta Jenama Jongga dan Nongshim Farmer’s Heart di Festival Kimchi Malaysia yang pertama, dianjurkan oleh K PLUS Food Market, bertempat di The Curve, Mutiara Damansara. Chef terkenal tersebut berasa bangga kerana diiktiraf oleh Seoul Kimchi Academy sebagai pakar kimchi setelah menjalani latihan intensif di Korea Selatan.

Jongga dan Nongshim Farmer’s Heart merupakan dua jenama terkenal dari Korea Selatan dan diperkenalkan di Malaysia oleh KMT Jaya Sdn. Bhd., pengedar ekslusif jenama-jenama Korea. Datuk Dr. Chef Wan dilantik sebagai Duta Jenama selama 1 tahun bagi mempromosi jenama-jenama ini untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia sambil mengukuhkan peranan Kimchi sebagai makanan sampingan, baik untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.

Datuk Dr. Chef Wan juga dianugerahkan sijil dari Seoul Kimchi Academy setelah menjalani Kursus Pakar Pembuat Kimchi di Seoul, Korea Selatan. Sejak menjadi pakar Kimchi, beliau pulang ke tanah air dan memperkenalkan hidangan ‘fusion’ seperti Mee Goreng Kimchi kepada rakyat Malaysia. Tugas pertama beliau sebagai Duta untuk Jongga dan Nongshim Farmer’s Heart adalah dengan mempersembahkan demonstrasi kemahiran pembuatan Kimchi beliau dengan menyediakan Kimchi tradisi, penkek Kimchi dan Mee Goreng Kimchi.

Datuk Dr. Chef Wan berkata, “Saya berasa gembira kerana diberi peluang untuk mewakili Jongga dan Nongshim Farmer’s Heart sebagai Duta Jenama. Ramai orang tidak tahu, Kimchi boleh diintegrasi dengan pelbagai juadah-juadah tempatan dan antarabangsa. Selepas belajar cara pembuatan Kimchi secara profesional, ianya mula mengubah persepsi saya dan saya mula menghargai makanan tradisi Korea secara mendalam. Saya turut bereksperimen dan menggabungkan Kimchi dengan pelbagai juadah. Dengan itu, saya ingin berkongsi minat saya terhadap Kimchi dengan rakyat Malaysia, supaya mereka
boleh mengalami Kimchi seperti saya.”

Festival Kimchi ini dilangsungkan di bahagian luar premis K PLUS Food Market dan dibuka kepada orang ramai dengan menampilkan pelbagai jenis Kimchi, termasuk bahan-bahan untuk membuatnya yang diimport dari Korea. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti permainan tradisional Korea, pertandingan makan makanan Korea dan sebagainya bagi menyambut semangat tradisi pembuatan Kimchi. Turut dianjurkan kelas-kelas masakan oleh chef dari Korea untuk mendidik orang ramai tentang penyediaan Kimchi yang terhad kepada 40 orang peserta, berlangsung pada hari pertama dan terakhir Festival Kimchi.

Pengerusi dan Pengasas KMT Jaya Sdn. Bhd., Datuk Matthew Lee berkata, “Ini merupakan waktu yang tepat kepada rakyat Malaysia untuk memanfaatkan Kimchi dalam diet seharian. Kimchi merupakan makanan yang kaya dengan khasiat, mengandungi probiotik dan mampu menguatkan sistem imunisasi seseorang. Jadi, saya syorkan semua orang untuk mencubanya. Tiada yang lebih sesuai dari Datuk Dr. Chef Wan untuk menjadi Duta kepada jenama Jongga dan Nongshim Farmer’s Heart, yang memiliki ilmu pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam industri makanan. Kami percaya seluruh rakyat Malaysia boleh menghargai dan menikmati kimchi dengan juadah tempatan melalui duta jenama kami.”.

Festival Kimchi berlangsung dari 20 hingga 27 November 2022 dan semua pengunjung dapat menemui tradisi Korea melalui pengalaman budaya secara dekat. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://kplus.my/ atau https://www.facebook.com/kplusfoodmarket/ .

Lagi Berita Gaya Hidup :

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNACSR @ BM My LNA

Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan MenerusiInisiatif CSR Sesama Mara

KUALA LUMPUR – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAKomunikasi Digital @ My LNAUTAMA

MCMC gesa hentikan hantaran provokasi

CYBERJAYA, 29 Mac 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak...

AMBM @ MY LNACuaca @ My LNAUTAMA

NADMA laksanakan Operasi Pembenihan Awan di Sabah

SABAH, 28 Mac 2024 – Semalam Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Ramadan dan limpahan barakahnya

Oleh: Prof. Madya Dr. Khadher Ahmad Kedatangan bulan Ramadan sangat ditunggu-tunggu oleh...