AMBM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Young Syefura sambut baik gagasan baharu kerajaan Pahang

83

PAHANG, 28 November 2022 – Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menyambut baik gagasan baharu kerajaan Negeri Pahang yang merupakan gabungan Barisan Nasional (BN) dan barisan pembangkang dari Pakatan Harapan (PH).

Katanya dalam satu kenyataan hari ini, dinamik tersebut adalah yang pertama kali terjadi di dalam sejarah lanskap negeri dan ia juga telah terzahir di dalam sejarah lanskap kerajaan persekutuan apabila tiada gagasan politik yang berjaya mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

“Menariknya situasi selepas Pilihanraya Umum ke-15 kali ini adalah buat julung kalinya kerajaan negeri yang telah setelah begitu lama diterajui oleh Barisan Nasional, kali ini bergabung bersama barisan pembangkang dari Pakatan Harapan untuk mewujudkan satu kerajaan.

Dinamik ini adalah yang pertama kali terjadi di dalam sejarah lanskap negeri dan ia juga telah terzahir di dalam sejarah lanskap kerajaan persekutuan apabila tiada gagasan politik yang berjaya mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Ini adalah bukti bahawa sistem demokrasi negara kita telah membawa kita meneroka satu cabang yang lain dan kesannya di negeri Pahang kini satu “precedent” telah terjadi dalam sejarah politik negeri yang kita cintai ini.” kata Young Syefura.

Tambah beliau, kedua-dua pihak dengan jiwa yang besar telah mengenepikan perbezaan, mengadakan rundingan dan syukur ke hadrat Ilahi dengan perkenan Pemangku Raja Pahang kini sebuah kerajaan baru akan ditubuhkan bersama demi kesejahteraan dan kemakmuran seluruh rakyat negeri Pahang.

“Saya menyambut baik gagasan baharu ini dan saya berharap ia dapat membawa satu nafas baru yang segar dalam pentadbiran kerajaan negeri. Kerajaan Barisan Nasional yang sudah tentu berpengalaman menjadi kerajaan negeri akan disertai pula oleh Pakatan Harapan dan setiap pandangan yang berbeza selama ini diharap bakal melengkapi setiap kelompongan yang ada antara satu sama lain.” katanya.

Pada hari ini telah berlangsung Majlis Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang. Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah telah berkenan melantik Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Menteri Besar Pahang ke-16.

Baginda Pemangku Raja Pahang juga berkenan dengan penubuhan kerajaan negeri yang terdiri daripada BN dan PH.

Lagi Berita Politik :

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNASukan @ My LNAUTAMA

Larian donat kikis imej buruk pemanis mulut

Rakyat Malaysia merupakan antara yang tergemuk di dunia, menurut perangkaan yang terkini....

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNAUTAMA

Gempa bumi kuat di Taiwan

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.4telah berlaku di Taiwan pada pukul...