28 November 2022 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata soal pembentukan kabinet kerajaan diserahkan kepada beliau untuk membuat pertimbangan sewajarnya.
Katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) tadi, ia akan dilakukan sesegera mungkin.
“Sepertimana yang saya sebut, tidak seperti mana biasa Kerajaan Perpaduan ini melibatkan banyak parti jadi sebelum buat keputusan saya mesti dengar semua pandangan dan kemudian masalahnya jumlah (anggota) kabinet itu dikecilkan.
Kalau dulu dia masuk ajer la. Lima puluh? Ok. Enam puluh? Ok. Tak cukup lagi? (Ada) Duta Khas. Tak cukup lagi? (Ada) Penasihat Khas. Saya tak sanggup buat begitu.” katanya yang dipercayai merujuk kepada saiz kabinet kerajaan terdahulu.
Mengulas mengenai kenyataan Ramkarpal Singh bahawa tidak perlu lagi usul undi percaya di sidang Parlimen nanti kerana beliau sudah memperolehi jumlah majoriti yang jelas, Anwar berkata bahawa usul itu tetap akan diteruskan.
“Saya fikir keabsahan itu, juga dari segi presepsi politik jadi kita akan teruskan dengan undi percaya pada 19 haribulan Disember. ” kata Anwar.
Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...
Byhebahan amAugust 10, 2024PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...
Byhebahan amAugust 10, 2024Pemenang Sulung Diraikan di Majlis di New York pada 16 September FAIRFAX,...
ByE NEWSAugust 8, 2024Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...
ByE NEWSAugust 6, 2024
Leave a comment