Home AM Kos Sara Hidup Agenda Utama Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara
AMEkonomiMY LNA

Kos Sara Hidup Agenda Utama Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara

Sidang media oleh Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya hari ini. Jurufoto / Wartawan : Azuddin

PUTRAJAYA, 27 November 2022 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022 bersama jabatan dan agensi kerajaan bagi membincangkan isu kos sara hidup yang menekan rakyat.

Beliau meletakkan komitmen beliau sebaik sahaja menggalas tugas sebagai Perdana Menteri untuk mengutamakan soal menangani kos sara hidup yang membebani rakyat ketika ini.

“Walaupun situasi negara menunjukkan positif dengan kekuatan nilai ringgit dan kedudukan bursa saham yang lebih baik sekali gus menunjukkan keyakinan pelabur kepada pentadbiran kerajaan sekarang, namun isu kos sara hidup tetap menjadi perhatian utama apabila harga barang mencengkam dan menekan kehidupan rakyat ketika ini”, ujar beliau selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang di adakan di Putrajaya hari ini.

“Saya mohon pertemuan dengan mereka pada hari ini, walaupun mereka tahu hari ini adalah hari minggu, namun mereka tidak keberatan malah komiten yang di tunjukkan oleh penjawat awam saya begitu hargai, mereka faham tugas utama untuk meringankan beban dihadapi rakyat terutama di peringkat bawah,” katanya. 

“Saya juga syukur dan berterima kasih kepada pedagang kerana menyediakan (bekalan) telur dan minyak masak mencukupi, ini sekurang-kurangnya langkah awal yang boleh meringankan beban rakyat,” ujar beliau lagi.

Tenaga Nasional Berhad (TNB), seperti syarikat tenaga lain di seluruh dunia sedang dihimpit oleh kenaikan kos pengeluaran akibat lonjakan harga arang batu, namun, kenaikan tarif elektrik ketika ini pastinya akan menghimpit pengguna sudah sedia diasak kenaikan harga barang keperluan lain pastinya sangat tidak wajar,” tambahnya.

Justeru, katanya, TNB sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) gergasi harus mencari alternatif lain untuk membantu golongan B40 malah pihak kerajaan juga akan menyediakan pelbagai subsidi untuk TNB sebagai alternatif.

Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) pula diberi tempoh dua minggu untuk mencerakin dan menelusuri implikasi berkaitan subsidi dan harga barangan.  Anwar memberi tempoh tersebut sebaik sahaja anggota Kabinet dilantik dan menteri yang terlibat akan segera menguruskan kedua-dua isu tersebut.

“Saya beri notis dua minggu setelah selesai pembentukan Kabinet untuk meneliti keseluruhan dasar dan kementerian yang ditugas menyediakan kertas akan memperbincangkan dengan perbendaharaan, Bank Negara Malaysia dan sektor swasta sebelum diangkat ke jemaah menteri,” katanya.

Antara pegawai tinggi kerajaan yang hadir pada mesyuarat tersebut ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, pegawai-pegawai daripada Jabatan Perangkaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

Lagi Berita Am :

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMEkonomiHighlightsMY LNAPerladangan

Fadillah ke Indonesia, eratkan kerjasama

PUTRAJAYA 8 Februari 2023 – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) memaklumkan bahawa...

AMEkonomiHighlightsMY LNA

Lima individu dilantik anggotai badan penasihat khas, bantu Anwar selaku Menteri Kewangan

PUTRAJAYA 7 Februari 2023 – Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim memaklumkan...

AMCOVID-19Kesihatan

COVID-19 : Jumlah kes baharu harian di bawah 200

8 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...